Dinar-dinar dan dirham-dirham ialah cap mohor Allah di bumi-Nya

TEKS BAHASA ARAB الدنانير والدراهم خواتيم الله في أرضه من جاء بخاتم مولاه قضيت حاجته. TEKS BAHASA MALAYSIA Dinar-dinar dan dirham-dirham ialah cap mohor Allah di bumi-Nya. Barangsiapa yang datang dengan cop mohor tuannya maka hajatnya akan ditunaikan. STATUS Lemah KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau …

Barangsiapa yang menyumbangkan perkahwinan anak lelaki atau anak perempuannya

TEKS BAHASA ARAB من أنفق على تزويج ابنه أوِ ابنته درهما أعطاه الله تعالى بكل درهم اثنتي عشرة مدينة في الجنة وأعطاه بكل دانق حجة وعمرة. TEKS BAHASA MALAYSIA Barangsiapa yang menyumbangkan perkahwinan anak lelaki atau anak perempuannya sebanyak satu dirham maka Allah akan berikan bagi setiap dirham 12 kota di syurga dan satu per enam dirham yang disumbangkan pahala …

Bahawa kamu menjemput saudaramu yang muslim lalu kamu menjamunya

TEKS BAHASA ARAB لأن تدعو أخاك المسلم فتطعمه وتسقيه؛ أعظم لأجرك من أن تتصدق بخمسة وعشرين درهما. TEKS BAHASA MALAYSIA Bahawa kamu menjemput saudaramu yang muslim lalu kamu menjamunya dengan makanan dan minuman itu lebih besar ganjaranya daripada kamu bersedekah sebanyak dua puluh lima dirham. STATUS Munkar KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān …

Solat hendaklah diulang disebabkan oleh darah sebesar satu dirham

TEKS BAHASA ARAB تعاد الصلاة من قدر الدرهم من الدم. وفي لفظ: إذا كان في الثوب قدر الدرهم من الدم؛ غسل الثوب، وأعيدت الصلاة. TEKS BAHASA MALAYSIA Solat hendaklah diulang disebabkan oleh darah sebesar satu dirham. Pada lafaz yang lain: Jika terdapat darah sebesar satu dirham pada baju, baju itu hendaklah dibasuh dan solat itu hendaklah diulang. STATUS Palsu KOMENTAR …

Kelebihan sekeping dirham berbanding 100 keping dirham

TEKS BAHASA ARAB درهم أعطيه في عقل أحب إلي من مئة في غيره. TEKS BAHASA MALAYSIA Sekeping dirham yang aku berikan (bagi membantu membayar diat) orang yang berakal, lebih aku sukai daripada 100 dirham (yang diinfakkan) pada selainnya. STATUS Lemah KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah …