Darah sebesar duit satu dirham

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

الدم مقدار الدرهم يغسل وتعاد منه الصلاة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Darah sebesar duit satu dirham perlu dibasuh dan diulangi solat.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 37, hadis nombor 185. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Ungkapan ini seakan-akan daripada kitab al-Quduri dan al-Hidayah juga yang seumpama kedua kitab tersebut dari kalangan kitab-kitab al-Hanafiyyah, golongan yang berpandangan seperti ini. Kebanyakan pentaqlid memalsukan hadith kerana suka untuk menolong mazhab mereka.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.



beacon