Sesungguhnya dirham dinamakan sebagai dirham kerana ia adalah rumah kerisauan

TEKS BAHASA ARAB حديث: إنما سمي الدرهم لأنه دار هم TEKS BAHASA MALAYSIA Hadith: Sesungguhnya dinamakan dirham itu kerana ia rumah kerisauan, dan sesungguhnya dinamakan dinar kerana ia rumah neraka. STATUS Palsu KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman …

Orang yang melakukan monopoli dan membunuh diri akan dikumpulkan ke dalam neraka

TEKS BAHASA ARAB حديث: يحشر الحكارون وقتلة الأنفس إلى جهنم في درجة واحدة. TEKS BAHASA MALAYSIA Hadith: Orang yang melakukan monopoli (iaitu menyimpan barang makanan asasi, menunggu harga naik lalu menjual dengan harga berlipat kali ganda) dan yang membunuh diri akan dikumpulkan ke dalam neraka Jahanam pada darjat yang sama. STATUS Sangat Lemah KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini disebut oleh …

Ya Allah! Janganlah Engkau kabulkan doa dari golongan peniaga dan musafir yang ditujukan kepada kami

TEKS BAHASA ARAB حديث: اللهم لا تطع فينا تاجرا ولا مسافرا فإن تاجرنا يحب الغلاء ومسافرنا يكره المطر. TEKS BAHASA MALAYSIA Hadith: Ya Allah! Janganlah Engkau kabulkan doa dari golongan peniaga dan musafir yang ditujukan kepada kami. Kerana sesungguhnya peniaga dalam kalangan kami suka menaikkan harga manakala musafir salam kalangan kami sangat membenci hujan. STATUS Palsu KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis …

Sesiapa yang melakukan monopoli 40 malam

TEKS BAHASA ARAB حديث: من احتكر طعاما أربعين ليلة فقد برئ من الله وبرئ الله منه وأيما أهل عرصة أصبح فيهم رجل جائع فقد برئت منهم ذمة الله تعالى. TEKS BAHASA MALAYSIA Hadith: Sesiapa yang melakukan monopoli (ihtikar) selama 40 malam, maka dia telah berlepas diri dari Allah dan Allah berlepas diri darinya. Dan mana-mana dalam kalangan penduduk kampung, ada …

Sesiapa yang bercita-cita untuk menaikkan harga terhadap umatku satu malam,Allah akan hapuskan amalannya

TEKS BAHASA ARAB حديث: من تمنى الغلاء على أمتي ليلة أحبط الله عمله أربعين سنة. TEKS BAHASA MALAYSIA Hadith: Sesiapa yang bercita-cita untuk menaikkan harga terhadap umatku satu malam, nescaya Allah akan menghilangkan pahala amalannya selama 40 tahun. STATUS Palsu KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau …