Ya Allah! Janganlah Engkau kabulkan doa dari golongan peniaga dan musafir yang ditujukan kepada kami

TEKS BAHASA ARAB

حديث: اللهم لا تطع فينا تاجرا ولا مسافرا فإن تاجرنا يحب الغلاء ومسافرنا يكره المطر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Ya Allah! Janganlah Engkau kabulkan doa dari golongan peniaga dan musafir yang ditujukan kepada kami. Kerana sesungguhnya peniaga dalam kalangan kami suka menaikkan harga manakala musafir salam kalangan kami sangat membenci hujan.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 143, hadis nombor 7. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الخطيب عن أبي هريرة مرفوعا وفي إسناده: أبو عصمة وهو كذاب ويحيى بن عبيد الله بن موهب وليس بشيء.

Al-Khatib meriwayatkan daripada Abu Hurairah secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi) sedangkan padanya terdapat perawi bernama Abu Ismah dan dia adalah seorang pendusta manakala Yahya bin Ubaidillah bin Mauhub tiada apa (yakni lemah).

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs