Orang yang melakukan monopoli dan membunuh diri akan dikumpulkan ke dalam neraka

TEKS BAHASA ARAB

حديث: يحشر الحكارون وقتلة الأنفس إلى جهنم في درجة واحدة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Orang yang melakukan monopoli (iaitu menyimpan barang makanan asasi, menunggu harga naik lalu menjual dengan harga berlipat kali ganda) dan yang membunuh diri akan dikumpulkan ke dalam neraka Jahanam pada darjat yang sama.

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 144, hadis nombor 8. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه ابن عدي عن أبي هريرة مرفوعا. وفي إسناده: بقية بن الوليد يدلس على الضعفاء والمتروكين وليس هذا مما يجب عده في الموضوعات.

Ibn Adi meriwayatkan daripada Abu Hurairah secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi) sedangkan pada sanadnya terdapat perawi Baqiyyah bin Walid yang melakukan penipuan dengan mencantikkan sanad perawi-perawi yang daif dan terlalu daif. Dan tidaklah (disebabkan) ini boleh dikira hadith ini termasuk dalam al-Maudhu’at (hadis-hadis palsu).

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.