Sesiapa yang melakukan monopoli 40 malam

TEKS BAHASA ARAB

حديث: من احتكر طعاما أربعين ليلة فقد برئ من الله وبرئ الله منه وأيما أهل عرصة أصبح فيهم رجل جائع فقد برئت منهم ذمة الله تعالى.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesiapa yang melakukan monopoli (ihtikar) selama 40 malam, maka dia telah berlepas diri dari Allah dan Allah berlepas diri darinya. Dan mana-mana dalam kalangan penduduk kampung, ada dikalangan mereka seorang lelaki yang lapar, maka lepaslah dari mereka jaminan Allah Ta’ala.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 144, hadis nombor 10. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

أخرجه أحمد في مسنده عند ابن عمر مرفوعا وفي إسناده: أصبغ بن زيد ولا يحتج به. قال في اللآلىء: هذا الحديث أخرجه الحاكم في المستدرك وتعقبه الذهبي فقال: في إسناده: عمرو بن الحصين تركوه وأصبغ لين. انتهى. وعلى كل حال: فقد أفرط ابن الجوزي في إدخال هذا الحديث في الموضوعات. وقد وثق أصبغ: أحمد وابن معين والنسائي وقد رواه ابن أبي شيبة والبزار وأبو يعلى.

Ahmad meriwayatkannya dalam musnadnya daripada Ibn Umar secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi) sedangkan pada sanadnya terdapat perawi bernama Asbagh bin Zaid yang mana tidak boleh berhujah dengannya. Al-Suyuthi berkata di dalam kitabnya al-La’ali: Hadith ini diriwayatkan oleh al-Hakim di dalam al-Mustadrak dan al-Zahabi membuat ulasan tentangnya dengan berkata: Pada sanadnya terdapat ‘Amr bin al-Husain, mereka meninggalkan riwayatnya, manakala Asbagh daif. Tamat nukilan. Apa keadaan sekalipun, Ibn al-Jauzi telah berlebihan dengan memasukkan hadith ini di dalam Kitab al-Maudhu’at (kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau). Asbagh dinilai sebagai perawi yang terpecaya oleh Ahmad, Ibn Ma’in dan al-Nasa’ie. Manakala Ibn Abi Syaibah, al-Bazzar dan Abu Ya’la telah meriwayatkannya.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs