Sesiapa yang bercita-cita untuk menaikkan harga terhadap umatku satu malam,Allah akan hapuskan amalannya

TEKS BAHASA ARAB

حديث: من تمنى الغلاء على أمتي ليلة أحبط الله عمله أربعين سنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesiapa yang bercita-cita untuk menaikkan harga terhadap umatku satu malam, nescaya Allah akan menghilangkan pahala amalannya selama 40 tahun.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 143, hadis nombor 6. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الخطيب عن ابن عمر مرفوعا وفي إسناده: سليمان بن عيسى السجزي وهو كذاب.
قال في اللآلىء: أخرجه ابن عساكر من غير طريقه.

Al-Khatib meriwayatkan daripada Ibn Umar secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi) sedangkan pada sanadnya terdapat perawi Sulaiman bin Isa al-Sijzi dan dia adalah seorang pendusta.Al-Suyuti berkata di dalam al-La’ali: Ibn Asakir meriwayatkannya daripada jalan selainnya.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs