Jika seorang guru kepada kanak-kanak tidak berlaku adil

TEKS BAHASA ARAB معلم الصبيان إذا لم يعدل بينهم كتب يوم القيامة مع الظلمة TEKS BAHASA MALAYSIA Jika seorang guru kepada kanak-kanak tidak berlaku adil, maka akan ditulis pada hari kiamat kelak bahawa dia adalah dalam kalangan orang yang zalim. STATUS (Terdapat perawi pendusta pada sanadnya) KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab …

Pergaduhan adalah sebahagian daripada kezaliman

TEKS BAHASA ARAB المعك طرف من الظلم. TEKS BAHASA MALAYSIA Pergaduhan (kerana penangguhan) adalah sebahagian daripada kezaliman. STATUS Lemah KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 796, hadis nombor 4098. Kitab ini adalah ringkasan …

Lidah seorang hakim diheret ke neraka kerana kezalimannya

TEKS BAHASA ARAB لسان القاضي بين حجرتين حتى يصير إلى النار. TEKS BAHASA MALAYSIA Lidah seorang Qadi (hakim) itu adalah berada di antara dua penjuru, sehingga ia diheret ke neraka (kerana kezaliman). STATUS Lemah KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth …

Barang siapa yang membaca al-Baqarah dan Ali Imran namun tidak digelar syeikh (gelaran hormat), maka sesungguhnya dia telah dizalimi

TEKS BAHASA ARAB من قرأ البقرة وآل عمران ولم يدع بالشيخ فقد ظلم. TEKS BAHASA MALAYSIA Barang siapa yang membaca al-Baqarah dan Ali Imran namun tidak digelar syeikh (gelaran hormat), maka sesungguhnya dia telah dizalimi. STATUS Tiada asal baginya KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini disebut oleh Mar’i Ibn Yusuf al-Karmi (m.1033H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul …

Kezaliman bangsa Turki

TEKS BAHASA ARAB حديث: جور الترك ولا عدل العرب. TEKS BAHASA MALAYSIA Hadith: Kezaliman bangsa Turki atau keadilan Arab. STATUS Ucapan kufur KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 70, hadis …