Terdapat perawi pendusta pada sanadnya
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مُعَلِّمُ الصِّبْيَانِ إِذَا لَمْ يَعْدِلْ بَيْنَهُمْ كُتِبَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مَعَ الظلمَة
Teks Bahasa Melayu
Jika seorang guru kepada kanak-kanak tidak berlaku adil, maka akan ditulis pada hari kiamat kelak bahawa dia adalah dalam kalangan orang yang zalim.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- al-Fattanī (m. 986H)
Status
Terdapat perawi pendusta pada sanadnya
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 19. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Dalam kitab al-La’ali menyebut: Daripada Abu Hurairah yang diriwayatkan secara marfu’: “Jika seorang guru kepada kanak-kanak tidak berlaku adil, maka akan ditulis pada hari kiamat kelak bahawa dia adalah dalam kalangan orang yang zalim.” Dalam sanad hadis ini terdapat Abu al-Muhazzim. Beliau ialah seorang pendusta. Begitu juga perawi yang meriwayatkan daripadanya. Ia sebenarnya dikenali sebagai kata-kata daripada Makhul. Saya katakan: Abu al-Muhazzim disebutkan namanya dalam al-Sunan. Ia oleh Ibn Abi al-Dunya daripada kata-kata al-Hasan.
Rujukan
Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī al-Fattanī. (1343). Taẓkirah al-Mawḍū’āt. Idārah al-Ṭibā‘ah al-Munīrah.
Makluman