Lidah seorang hakim diheret ke neraka kerana kezalimannya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

لسان القاضي بين حجرتين حتى يصير إلى النار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Lidah seorang Qadi (hakim) itu adalah berada di antara dua penjuru, sehingga ia diheret ke neraka (kerana kezaliman).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 794, hadis nombor 4086. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أنس رضي الله عنه مرفوعاً: لسان القاضي ‌بين ‌حجرتين حتى يصير إلى النار.
[أبو نعيم في (أخبار أصبهان)، (الضغيفة) (4305)]

(Lemah)
Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Lidah seorang Qadi (hakim) itu adalah berada di antara dua penjuru, sehingga ia diheret ke neraka (kerana kezaliman).
[Riwayat Abu Nu'aim dalam Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4305]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.