Barang siapa yang membaca al-Baqarah dan Ali Imran namun tidak digelar syeikh (gelaran hormat), maka sesungguhnya dia telah dizalimi

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من قرأ البقرة وآل عمران ولم يدع بالشيخ فقد ظلم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang membaca al-Baqarah dan Ali Imran namun tidak digelar syeikh (gelaran hormat), maka sesungguhnya dia telah dizalimi.

STATUS

Tiada asal baginya

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mar’i Ibn Yusuf al-Karmi (m.1033H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah, di halaman 79, hadis nombor 19. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

وحديث: "من قرأ البقرة وآل عمران ولم يدع بالشيخ فقد ظلم" لا أصل له.

Juga hadis: "Barang siapa yang membaca al-Baqarah dan Ali Imran namun tidak digelar syeikh (gelaran hormat), maka sesungguhnya dia telah dizalimi” tidak ada asal baginya.

RUJUKAN

Mar‘ī bin Yūsuf Al-Karmī Al-Maqdisī. (1998). Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah (Muḥammad bin Luṭfī Al-Ṣabbāgh, Ed.). Dār Al-Warrāq.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.