Tiada seorang Nabi pun yang wafat melainkan seorang lelaki daripada umatnya akan mengimamkannya

TEKS BAHASA ARAB ما قبض نبي قط حتى يؤمه رجل من أمته. TEKS BAHASA MALAYSIA Tiada seorang Nabi pun yang wafat, melainkan seorang lelaki daripada umatnya akan mengimamkannya. STATUS Lemah KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An …

Berkenaan firman Allah Azzawajalla: Semoga Tuhanmu membangkitkan dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji

TEKS BAHASA ARAB في قول الله – عز وجل -: {عَسَىٰٓ أَن يَبۡعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامٗا مَّحۡمُودٗا}. قال: يجلسه فيما بينه وبين جبريل، ويشفع لأمته، فذلك المقام المحمود. TEKS BAHASA MALAYSIA Berkenaan firman Allah Azzawajalla: "Semoga Tuhanmu membangkitkan dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji", beliau menafsirkan: Baginda ditempatkan di antara-Nya dan Jibril, dan baginda memberikan syafaat kepada ummatnya. …

Perbanyakkanlah berselawat untuk Musa

TEKS BAHASA ARAB أكثروا من الصلاة على موسى فما رأيت أحدا من الأنبياء أحوط على أمتي منه. TEKS BAHASA MALAYSIA Perbanyakkanlah berselawat untuk Musa, saya tidak pernah melihat seorang pun daripada kalangan para Nabi yang lebih mengambil berat tentang umatku lebih daripada dia. STATUS Munkar KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله …

Nabi SAW ditanya berkenaan berpuasa ketika musafir

TEKS BAHASA ARAB سئل النبي صلى الله عليه وسلم عن الصوم السفر فقال: لن أفطر وقال: إني أقوى على الصوم فقال: إن الله تصدق بإفطار الصيام على مرضى أمتي ومسافريهم أفيحب أحدكم أن يتصدق على أحد بصدقة ثم يظل يردها عليه؟ TEKS BAHASA MALAYSIA Nabi SAW ditanya berkenaan berpuasa ketika musafir, orang yang bertanya itu berkata: Saya tidak akan berbuka …

Aku berharap umatku tidak memakai emas

TEKS BAHASA ARAB غير الضبع عندي أخوف عليكم من الضبع؛ أن الدنيا ستصب عليكم صباً، فيا ليت أمتي لا تلبس الذهب. TEKS BAHASA MALAYSIA Ada perkara yang lebih aku takuti menimpa kamu berbanding dubuk (hyena). Sesungguhnya kamu akan memperolehi keluasan dunia (kekayaan) yang banyak seperti hujan yang mencurah-curah. Aku berharap (ketika itu) umatku tidak memakai emas. STATUS Lemah KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI …