TEKS BAHASA ARAB
أكثروا من الصلاة على موسى فما رأيت أحدا من الأنبياء أحوط على أمتي منه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Perbanyakkanlah berselawat untuk Musa, saya tidak pernah melihat seorang pun daripada kalangan para Nabi yang lebih mengambil berat tentang umatku lebih daripada dia.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1048, hadis nombor 5358. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أنس بن مالك رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: أكثروا من الصلاة على موسى فما رأيت أحدا من الأنبياء أحوط على أمتي منه. [ابن عساكر، الضعيفة (2886)]
[Munkar] Daripada Anas bin Malik RA, beliau menceritakan, Rasulullah SAW bersabda: Perbanyakkanlah berselawat untuk Musa, saya tidak pernah melihat seorang pun daripada kalangan para Nabi yang lebih mengambil berat tentang umatku lebih daripada dia. [Riwayat Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimashq. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 2886]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.