Nabi SAW ditanya berkenaan berpuasa ketika musafir

TEKS BAHASA ARAB

سئل النبي صلى الله عليه وسلم عن الصوم السفر فقال: لن أفطر وقال: إني أقوى على الصوم فقال: إن الله تصدق بإفطار الصيام على مرضى أمتي ومسافريهم أفيحب أحدكم أن يتصدق على أحد بصدقة ثم يظل يردها عليه؟

TEKS BAHASA MALAYSIA

Nabi SAW ditanya berkenaan berpuasa ketika musafir, orang yang bertanya itu berkata: Saya tidak akan berbuka dan dia berkata lagi : Saya mampu berpuasa. Baginda menjawab: Sesungguhnya Allah SWT telah bersedekah kepada umatku yang sakit dan bermusafir untuk berbuka puasa. Adakah kamu suka jika kamu bersedekah kepada seseorang kemudian orang itu berterusan menolak?

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1047, hadis nombor 5353. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عمر رضي الله عنهما أنه سئل النبي صلى الله عليه وسلم عن الصوم السفر فقال: لن أفطر وقال: إني أقوى على الصوم فقال: إن الله تصدق بإفطار الصيام على مرضى أمتي ومسافريهم أفيحب أحدكم أن يتصدق على أحد بصدقة ثم يظل يردها عليه؟ [فر، الضعيفة (2196)]

[Lemah] Daripada Ibn ‘Umar RA, bahawa Nabi SAW ditanya berkenaan berpuasa ketika musafir, orang yang bertanya itu berkata: Saya tidak akan berbuka dan dia berkata lagi : Saya mampu berpuasa. Baginda menjawab: Sesungguhnya Allah SWT telah bersedekah kepada umatku yang sakit dan bermusafir untuk berbuka puasa. Adakah kamu suka jika kamu bersedekah kepada seseorang kemudian orang itu berterusan menolak? [Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 2196]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.