TEKS BAHASA ARAB
غير الضبع عندي أخوف عليكم من الضبع؛ أن الدنيا ستصب عليكم صباً، فيا ليت أمتي لا تلبس الذهب.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Ada perkara yang lebih aku takuti menimpa kamu berbanding dubuk (hyena). Sesungguhnya kamu akan memperolehi keluasan dunia (kekayaan) yang banyak seperti hujan yang mencurah-curah. Aku berharap (ketika itu) umatku tidak memakai emas.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1335 – 1336, hadis nombor 6823. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن رجل: قال: إن أعرابياً أتى النبي صلى الله عليه وسلم فقال: يا رسول الله! أكلتنا الضبع. فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: غير الضبع عندي أخوف عليكم من الضبع؛ أن الدنيا ستصب عليكم صباً، فيا ليت أمتي لا تلبس الذهب.
[حم، البزار، ((الضعيفة)) (4154)]
(Lemah)
Daripada seorang lelaki telah berkata: Sesungguhnya seorang lelaki Arab telah datang bertemu Nabi SAW, lalu berkata: Wahai Rasulullah! Dubuk memakan kita. Rasulullah SAW pun bersabda: Ada perkara yang lebih aku takuti menimpa kamu berbanding dubuk (hyena). Sesungguhnya kamu akan memperolehi keluasan dunia (kekayaan) yang banyak seperti hujan yang mencurah-curah. Aku berharap (ketika itu) umatku tidak memakai emas.
[Riwayat Aḥmad bin Ḥanbal dalam al-Musnad, al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4154]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.