Orang yang menyambung tali persaudaraan kerana Allah, ditingkatkan darjatnya di dalam syurga

TEKS BAHASA ARAB ما أحدث عبد أخا في الله؛ إلا أحدث الله له درجة في الجنة. TEKS BAHASA MALAYSIA Tidaklah seseorang itu memperbaharui (menyambung) tali persaudaraan kerana Allah, melainkan Allah akan memperbaharui (meningkatkan) darjatnya di dalam syurga. STATUS Sangat lemah KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah …

Carilah ketinggian di sisi Allah SWT

TEKS BAHASA ARAB ابتغوا الرفعة عند الله، قالوا: وما هي يا رسول الله؟ قال: تحلم عمن جهل عليك وتصل من قطعك وتعطي من حرمك. TEKS BAHASA MALAYSIA Carilah ketinggian di sisi Allah. Mereka bertanya: Apa maksudmu, wahai Rasulullah? Baginda menjawab: "Berlemah-lembutlah dengan mereka yang bersikap jahil kepada kamu, hubungkanlah ikatan (silaturrahim) dengan mereka yang memutuskan hubungan dengan kamu, dan memberilah …

Seafdal-afdal kebaikan adalah kamu menyambung hubungan dengan mereka yang memutuskan hubungan dengan kamu

TEKS BAHASA ARAB أفضل الفضائل أن تصل من قطعك، وتعطي من حرمك، و تصفع عمن ظلمك. TEKS BAHASA MALAYSIA Seafdal-afdal kebaikan adalah kamu menyambung hubungan dengan mereka yang memutuskan hubungan dengan kamu, dan kamu memberi kepada mereka yang tidak memberi kepada kamu, serta kamu berpaling daripada mereka yang menzalimi kamu. STATUS Lemah KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini disebut oleh Syeikh …

Tiga perkara yang termasuk dalam akhlak mulia di sisi Allah SWT

TEKS BAHASA ARAB ثلاثة من مكارم الأخلاق عند الله تعالى، أن تعفو عن من ظلمك، وتعطي من حرمك، وتصل من قطعك. TEKS BAHASA MALAYSIA Tiga perkara yang termasuk dalam akhlak mulia di sisi Allah SWT: Kamu memaafkan mereka yang menzalimi kamu, kamu memberi kepada mereka yang tidak memberi kepada kamu, dan kamu menyambung hubungan dengan mereka yang memutuskan hubungan dengan …

Sesungguhnya seorang mukmin itu diberi ganjaran pada perbuatannya menunjukkan jalan

TEKS BAHASA ARAB إن المرء ليصل رحمه وما بقي من عمره إلا ثلاثة أيام، فينسئه إلى ثلاثين سنة ، وإنه ليقطع الرحمن وقد بقي من عمره ثلاثون سنة، فيغيره الله إلى ثلاثة أيام. TEKS BAHASA MALAYSIA Sesungguhnya seseorang itu menyambungkan silaturahim, dan tidak berbaki daripada umurnya melainkan tiga hari, lalu dipanjangkan umurnya kepada tiga puluh tahun. Dan sesungguhnya seseorang itu …