Tiga perkara yang termasuk dalam akhlak mulia di sisi Allah SWT

TEKS BAHASA ARAB

ثلاثة من مكارم الأخلاق عند الله تعالى، أن تعفو عن من ظلمك، وتعطي من حرمك، وتصل من قطعك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiga perkara yang termasuk dalam akhlak mulia di sisi Allah SWT: Kamu memaafkan mereka yang menzalimi kamu, kamu memberi kepada mereka yang tidak memberi kepada kamu, dan kamu menyambung hubungan dengan mereka yang memutuskan hubungan dengan kamu.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 55, hadis nombor 236. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أنس – رضي الله عنه – مرفوعا: ((ثلاثة من مكارم الأخلاق عند الله تعالى، أن تعفو عن من ظلمك، وتعطي من حرمك، وتصل من قطعك)). [أبو الحسن النعالي في ((الجزء من حديثه))، خط، فر، ((الضعيفة)) (3435)].

(Sangat Lemah)
Daripada Anas RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW) : ((Tiga perkara yang termasuk dalam akhlak mulia di sisi Allah SWT: Kamu memaafkan mereka yang menzalimi kamu, kamu memberi kepada mereka yang tidak memberi kepada kamu, dan kamu menyambung hubungan dengan mereka yang memutuskan hubungan dengan kamu.))
[Riwayat Abū al-Ḥasan al-Ni‘ālī dalam juzuk daripada hadis beliau, al-Khaṭīb dalam Tārikh Baghdād, al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3435].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs