Carilah ketinggian di sisi Allah SWT

TEKS BAHASA ARAB

ابتغوا الرفعة عند الله، قالوا: وما هي يا رسول الله؟ قال: تحلم عمن جهل عليك وتصل من قطعك وتعطي من حرمك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Carilah ketinggian di sisi Allah. Mereka bertanya: Apa maksudmu, wahai Rasulullah? Baginda menjawab: "Berlemah-lembutlah dengan mereka yang bersikap jahil kepada kamu, hubungkanlah ikatan (silaturrahim) dengan mereka yang memutuskan hubungan dengan kamu, dan memberilah kepada mereka yang tidak memberi kepada kamu."

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 24, hadis nombor 66. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي أيوب – رضي الله عنه -، قال: وقف علينا رسول الله – صلى الله عليه وسلم- فقال: ((ابتغوا الرفعة عند الله، قالوا: وما هي يا رسول الله؟ قال: تحلم عمن جهل عليك وتصل من قطعك وتعطي من حرمك)).
[ابن شاهين، ((الضعيفة)) (1575)]

(Sangat Lemah) Daripada Abu Ayyub RA beliau berkata: Rasulullah SAW berhenti di hadapan kami lalu Baginda bersabda: Carilah ketinggian di sisi Allah. Mereka bertanya: Apa maksudmu, wahai Rasulullah? Baginda menjawab: "Berlemah-lembutlah dengan mereka yang bersikap jahil kepada kamu, hubungkanlah ikatan (silaturrahim) dengan mereka yang memutuskan hubungan dengan kamu, dan memberilah kepada mereka yang tidak memberi kepada kamu."
[Riwayat Ibn Syahin. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.1575]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs