Sesungguhnya seorang mukmin itu diberi ganjaran pada perbuatannya menunjukkan jalan

TEKS BAHASA ARAB

إن المرء ليصل رحمه وما بقي من عمره إلا ثلاثة أيام، فينسئه إلى ثلاثين سنة ، وإنه ليقطع الرحمن وقد بقي من عمره ثلاثون سنة، فيغيره الله إلى ثلاثة أيام.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya seseorang itu menyambungkan silaturahim, dan tidak berbaki daripada umurnya melainkan tiga hari, lalu dipanjangkan umurnya kepada tiga puluh tahun. Dan sesungguhnya seseorang itu memutuskan silaturahim dan masih berbaki daripada umurnya selama 30 tahun, lalu Allah SWT mengubahnya kepada tiga hari.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 34, hadis nombor 125. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عبدالله بن عمرو – رضي الله عنهما – مرفوعا: (( إن المرء ليصل رحمه وما بقي من عمره إلا ثلاثة أيام، فينسئه إلى ثلاثين سنة، وإنه ليقطع الرحمن وقد بقي من عمره ثلاثون سنة، فيغيره الله إلى ثلاثة أيام)).
[فر، ((الضعيفة)) (2290)]

(Sangat Lemah) Daripada ‘Abdullah ibn ‘Amr RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya seseorang itu menyambungkan silaturahim, dan tidak berbaki daripada umurnya melainkan tiga hari, lalu dipanjangkan umurnya kepada tiga puluh tahun. Dan sesungguhnya seseorang itu memutuskan silaturahim dan masih berbaki daripada umurnya selama 30 tahun, lalu Allah SWT mengubahnya kepada tiga hari.”
[Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2290]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs