Sesungguhnya sedekah yang paling laju naik ke langit itu adalah apabila seseorang itu menyiapkan makanan yang baik

TEKS BAHASA ARAB إن أسرع صدقة تصعد إلى السماء: أن يصنع الرجل طعاما طيبا ثم يدعو إليه ناسا من إخوانه. TEKS BAHASA MALAYSIA Sesungguhnya sedekah yang paling laju naik ke langit itu adalah apabila seseorang itu menyiapkan makanan yang baik kemudian dia menjemput beberapa orang saudara-maranya untuk hadir. STATUS Lemah KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin …

Seburuk-buruk makanan ialah makanan kenduri

TEKS BAHASA ARAB بئس الطعام طعام الوليمة؛ يدعى إليه الأغنياء ويترك المساكين. TEKS BAHASA MALAYSIA Seburuk-buruk makanan ialah makanan kenduri. Orang-orang kaya dijemput hadir manakala orang-orang miskin diabaikan. STATUS Shadz dengan lafaz ini: "Seburuk-buruk" KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth …

Apabila haiwan tunggangan kamu terlepas di tanah lapang yang luas

TEKS BAHASA ARAB إذا انفلتت دابة أحدكم بأرض فلاة فليناد: يا عباد الله ‌احبسوا علي، يا عباد الله ‌احبسوا علي، فإن لله في الأرض حاضرا سيحبسه عليكم. TEKS BAHASA MALAYSIA Apabila haiwan tunggangan kamu terlepas di tanah lapang yang luas, maka hendaklah dia berkata: “Wahai hamba-hamba Allah, tahanlah untukku, wahai hamba-hamba Allah, tahanlah untukku" kerana sesungguhnya di bumi ini, Allah …

Jikalau orang yang tidak menghadiri solat berjemaah ini tahu apa yang diperolehi orang yang berjalan untuk solat berjemaah ini

TEKS BAHASA ARAB ولو يعلم هذا المتخلف عن الصلاة في الجماعة ما لهذا الماشي إليها؛ لأتاها ولو حبوا على يديه ورجليه. TEKS BAHASA MALAYSIA Jikalau orang yang tidak menghadiri solat berjemaah ini tahu apa yang diperolehi orang yang berjalan untuk solat berjemaah ini, nescaya dia pasti menghadirinya sekalipun dalam keadaan merangkak dengan kedua-dua tangannya dan kedua-dua kakinya. STATUS Munkar dengan …

Empat perkara yang jangan kamu tinggalkannya selama kamu hidup

TEKS BAHASA ARAB أوصيك يا أبا هريرة! خصال أربع لا تدعهن ما بقيت، أوصيك بالغسل يوم الجمعة، والبكور إليها، ولا تلغو أو لا تلهو، وأوصيك بصيام ثلاثة أيام من كل شهر، فإنه صوم الدهر، وأوصيك بركعتي الفجر، لا تدعهما وإن صليت الليل كله، فإن فيهما الرغائب، قالها ثلاثا. TEKS BAHASA MALAYSIA Aku berpesan kepadamu wahai Abu Hurairah. Empat perkara yang …