TEKS BAHASA ARAB
بئس الطعام طعام الوليمة؛ يدعى إليه الأغنياء ويترك المساكين.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Seburuk-buruk makanan ialah makanan kenduri. Orang-orang kaya dijemput hadir manakala orang-orang miskin diabaikan.
STATUS
Shadz dengan lafaz ini: "Seburuk-buruk"
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 432, hadis nombor 2325. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(شاذ بهذا اللفظ: «بئس») عن أبي هريرة – رضي الله عنه – كان يقول: «بئس الطعام طعام الوليمة؛ يدعى إليه الأغنياء ويترك المساكين». [م، «الضعيفة» (6306)].
(Shadz Dengan Lafaz Ini: "Seburuk-buruk") Daripada Abu Hurayrah RA, beliau pernah berkata: "Seburuk-buruk makanan ialah makanan kenduri. Orang-orang kaya dijemput hadir manakala orang-orang miskin diabaikan". [Riwayat Muslim. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6306].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.