Empat perkara yang jangan kamu tinggalkannya selama kamu hidup

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أوصيك يا أبا هريرة! خصال أربع لا تدعهن ما بقيت، أوصيك بالغسل يوم الجمعة، والبكور إليها، ولا تلغو أو لا تلهو، وأوصيك بصيام ثلاثة أيام من كل شهر، فإنه صوم الدهر، وأوصيك بركعتي الفجر، لا تدعهما وإن صليت الليل كله، فإن فيهما الرغائب، قالها ثلاثا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku berpesan kepadamu wahai Abu Hurairah. Empat perkara yang jangan kamu tinggalkannya selama kamu hidup. Aku berpesan kepada kamu supaya kamu mandi pada hari Jumaat dan hadir awal untuk melakukannya, dan janganlah kamu lagha dan lalai. Aku juga berpesan kepada kamu untuk berpuasa sebanyak tiga hari di dalam setiap bulan kerana ia dianggap sebagai berpuasa sepanjang tahun. Aku juga berpesan kepada kamu untuk mengerjakan dua rakaat subuh. Janganlah kamu meninggalkannya sekalipun kamu telah mendirikan solat sepanjang malam. Ini kerana pada keduanya itu (solat subuh) adanya al-raghaib (pertolongan) dan baginda mengucapkannya sebanyak 3 kali. Pada penghujungnya : Cantumkanlah pakaianmu semula. Lalu beliau pun mencantumkan bajunya ke dadanya dan berkata : Wahai Rasulullah, demi bapa dan ibuku, adakah aku perlu menyembunyikan hal ini atau aku menceritakannya. Baginda menjawab : Bahkan ceritakanlah ia wahai Abu Hurairah. Baginda menyebutnya sebanyak tiga kali.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 250, hadis nombor 1299. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي هريرة – رضي الله عنه -، قال: جاء أبو هريرة يسلم على النبي – صلى الله عليه وسلم – ويعوده في شكواه، فأذن له، فدخل عليه فسلم وهو نائم، فوجد النبي – صلى الله عليه وسلم – مستندا إلى صدر علي بن أبي طالب، وقال: قال علي بيده على صدره ضامه إليه والنبي – صلى الله عليه وسلم – باسط رجليه، فقال النبي – صلى الله عليه وسلم -: ادنُ يا أبا هريرة! فدنا، ثم قال: ادن يا أبا هريرة! فدنا، ثم قال: ادن يا أبا هريرة! فدنا حتى مست أصابع أبي هريرة أطراف أصابع النبي – صلى الله عليه وسلم -، ثم قال: اجلس يا أبا هريرة! فجلس، فقال: اذن طرف ثوبك، فمد أبو هريرة ثوبه وأمسكه بيده يفتحه وأدناه من وجهه، فقال رسول اللہ – صلى الله عليه وسلم -: ((أوصيك يا أبا هريرة! خصال أربع لا تدعهن ما بقيت، أوصيك بالغسل يوم الجمعة، والبكور إليها، ولا تلغوا أو لا تلهو، وأوصيك بصيام ثلاثة أيام من كل شهر، فإنه صوم الدهر، وأوصيك بركعتي الفجر، لا تدعها وإن صليت الليل كله، فإن فيها الرغائب، قالها ثلاثا)). وفي آخره: ضم إليك ثوبك، فضم ثوبه إلى صدره فقال: بأبي أنت وأمي أسر هذا أم أعلنه؟ قالها: بل أعلنه يا أبا هريرة! قالها ثلاثا. [عد، ((الضعيفة)) (1534)]

(Sangat Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA berkata: Abu Hurairah telah datang dan memberi salam kepada Nabi SAW untuk mengunjungi baginda ketika baginda dalam keadaan gering. Lalu diberi keizinan kepada beliau (untuk masuk). Abu Hurairah pun masuk dan memberi salam, dan pada ketika itu Rasulullah SAW sedang tidur. Abu Hurairah mendapati Nabi SAW pada ketika itu sedang bersandar di dada ‘Ali bin Abi Thalib. Lalu beliau berkata: Kemudian ‘Ali pun mengangkat sedikit kedudukan Nabi SAW ke atas dadanya, dan baginda pada ketika itu sedang membentangkan dua kaki baginda. Lalu Nabi SAW bersabda: Marilah dekat kepadaku wahai Abu Hurairah. Lalu Abu Hurairah pun mendekatkan dirinya. Kemudian baginda berkata: Dekat lagi wahai Abu Hurairah. Lalu Abu Hurairah pun mendekatkan dirinya. Baginda berkata lagi: Dekat lagi wahai Abu Hurairah. Lalu Abu Hurairah pun mendekati baginda sehingga jari-jari kaki Abu Hurairah menyentuh jari jemari kaki Nabi SAW. Kemudian baginda berkata: Duduklah wahai Abu Hurairah. Maka Abu Hurairah pun duduk. Lalu baginda berkata: Dekatkan bahagian baju kamu kepadaku. Lalu Abu Hurairah pun memanjangkan bajunya dan memegangnya dengan tangannya dan dia membukanya lalu dia mendekatkannya ke mukanya. Maka Rasulullah SAW berkata: Aku berpesan kepadamu wahai Abu Hurairah. Empat perkara yang jangan kamu tinggalkannya selama kamu hidup. Aku berpesan kepada kamu supaya kamu mandi pada hari Jumaat dan hadir awal untuk melakukannya, dan janganlah kamu lagha dan lalai. Aku juga berpesan kepada kamu untuk berpuasa sebanyak tiga hari di dalam setiap bulan kerana ia dianggap sebagai berpuasa sepanjang tahun. Aku juga berpesan kepada kamu untuk mengerjakan dua rakaat subuh. Janganlah kamu meninggalkannya sekalipun kamu telah mendirikan solat sepanjang malam. Ini kerana pada keduanya itu (solat subuh) adanya al-raghaib (pertolongan) dan baginda mengucapkannya sebanyak 3 kali. Pada penghujungnya: Cantumkanlah pakaianmu semula. Lalu beliau pun mencantumkan bajunya ke dadanya dan berkata: Wahai Rasulullah, demi bapa dan ibuku, adakah aku perlu menyembunyikan hal ini atau aku menceritakannya. Baginda menjawab: Bahkan ceritakanlah ia wahai Abu Hurairah. Baginda menyebutnya sebanyak tiga kali.
[Riwayat Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa’. Lihat Silsilah al-Da‘īfah; no. 1534]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.