Jikalau orang yang tidak menghadiri solat berjemaah ini tahu apa yang diperolehi orang yang berjalan untuk solat berjemaah ini

TEKS BAHASA ARAB

ولو يعلم هذا المتخلف عن الصلاة في الجماعة ما لهذا الماشي إليها؛ لأتاها ولو حبوا على يديه ورجليه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jikalau orang yang tidak menghadiri solat berjemaah ini tahu apa yang diperolehi orang yang berjalan untuk solat berjemaah ini, nescaya dia pasti menghadirinya sekalipun dalam keadaan merangkak dengan kedua-dua tangannya dan kedua-dua kakinya.

STATUS

Munkar dengan sebutan "kedua-dua kaki"

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 376, hadis nombor 1992. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بذكر «الرجلين») عن أبي أمامة، قال: أقبل ابن أم مكتوم وهو أعمى، وهو الذي أنزلت فيه: {عَبَسَ وَتَوَلَّى (1) أَنْ جَاءَهُ الْأَعْمَى} [عبس: 1-2]، – وكان رجلاً من قريش – إلى رسول الله ﷺ، فقال له: يا رسول الله! بأبي أنت وأمي، أنا كما تراني، قد كبرت سني، ورق عظمي، وذهب بصري، ولي قائد لا يلاومني قياده إياي؛ فهل تجد لي من رخصة أصلي في بيتي الصلوات؟ فقال رسول الله ﷺ: «هل تسمع المؤذن من البيت الذي أنت فيه؟». فقال: نعم يا رسول الله! قال رسول والله ﷺ: «ما أجد لك من رخصة، ولو يعلم هذا المتخلف عن الصلاة في الجماعة ما لهذا الماشي إليها؛ لأتاها ولو حبوا على يديه ورجليه». [«الضعيفة» (6722)].

(Munkar Dengan Sebutan "kedua-dua kaki") Daripada Abu Umamah RA, beliau berkata: Ibn Ummi Maktum, seorang yang buta dan yang telah diturunkan ayat mengenainya: "Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling, kerana telah datang seorang buta kepadanya" [Abasa: 1-2] – beliau juga merupakan lelaki berketurunan Quraish –, beliau telah datang menemui Rasulullah ﷺ, lalu berkata: "Wahai Rasulullah, ayah dan ibuku menjadi tebusan buatmu. Aku ini sepertimana yang kamu lihat, sungguh usiaku telahpun lanjut, tulangku sudah lemah, penglihatanku juga telah hilang, dalam keadaan aku mempunyai orang yang memimpin aku (ke masjid) tanpa mencemuh. Adakah kamu mendapati ada keringanan bagiku untuk aku solat di rumahku?" Rasulullah ﷺ pun membalas: "Adakah kamu mendengar seruan azan di rumahmu yang kamu diami itu?" Lantas beliau menjawab: "Ya, wahai Rasulullah." Rasulullah ﷺ bersabda: "Aku tidak mendapati sebarang keringanan bagimu, dan jikalau orang yang tidak menghadiri solat berjemaah ini tahu apa yang diperolehi orang yang berjalan untuk solat berjemaah ini, nescaya dia pasti menghadirinya sekalipun dalam keadaan merangkak dengan kedua-dua tangannya dan kedua-dua kakinya". [Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6722].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs