Nabi Muhamad SAW berbangga dengan umat yang ramai

TEKS BAHASA ARAB حجوا تستغنوا، وسافروا تصحوا، وتناكحوا تكثروا؛ فإني مباه بكم الأمم. TEKS BAHASA MALAYSIA Lakukan haji nescaya kamu sentiasa berasa cukup (kaya), bermusafirlah nescaya kamu sihat, bernikahlah nescaya memperbanyak (umat), kerana sesungguhnya aku berbangga dengan umatku. STATUS Lemah KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah …

Sesungguhnya Allah SWT berkata: Wahai hamba-hamba-Ku! Kalian semua pendosa melainkan orang yang telah Aku ampunkan, jadi mintalah keampunan daripada-Ku

TEKS BAHASA ARAB إن الله تعالى يقول: يا عبادي! كلكم مذنب إلا من عافيت؛ فاستغفروني أغفر لكم، وكلكم فقير إلا من أغنيت، إني جواد ماجد واجد؛ أفعل ما أشاء، عَطائي كلام، وعذابي كلام؛ إذا أردت شيئاً فإنما أقول له: كن فيكون. TEKS BAHASA MALAYSIA Sesungguhnya Allah SWT berkata: Wahai hamba-hamba-Ku! Kalian semua pendosa melainkan orang yang telah Aku ampunkan, jadi …

Sebaik-baik seseorang lelaki itu adalah yang faqih, jika dia diperlukan maka dia boleh diambil manfaat

TEKS BAHASA ARAB نعم الرجل الفقيه، إن احتيج إليه انتفع به، وإن استغني عنه أغنى نفسه. TEKS BAHASA MALAYSIA Sebaik-baik seseorang lelaki itu adalah yang faqih, jika dia diperlukan maka dia boleh diambil manfaat, jika dia tidak diperlukan maka dia sudah cukup (memberikan manfaat terhadap dirinya sendiri. STATUS Palsu KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan …

Sesiapa yang berselawat kepadaku di kuburku nescaya aku mendengarnya

TEKS BAHASA ARAB حديث، من صلى علي عند قبري سمعته، ومن صلى علي. نائيا وكل الله بها ملكا يبلغني وكفي أمر دنياه وآخرته، وكنت له شهيدا أو شفيعا. TEKS BAHASA MALAYSIA Hadith: Sesiapa yang berselawat kepadaku di kuburku nescaya aku mendengarnya dan sesiapa yang berselawat kepadaku dari jauh, Allah akan mewakilkan malaikat kepadanya untuk menyampaikan kepadaku serta dicukupkan perkara dunia …

Sesungguhnya Allah menyukai seorang muslim yang ringan keadaannya

TEKS BAHASA ARAB إن الله يحب المسلم الخفيف الحاذ ذو حظ من الصلاة لا يشار إليه بالأصابع وأطاع ربه سرا قسمت معيشته كفافا، فصبر عليها ورضي بها. TEKS BAHASA MALAYSIA Sesungguhnya Allah menyukai seorang muslim yang ringan keadaannya, banyak melakukan solat, tidak mengisyaratkan dengan jari jemari, mentaati Tuhannya secara sembunyi. Dibahagikan rezeki hidupnya sekadar cukup lalu dia bersabar dan redha …