TEKS BAHASA ARAB
إن الله تعالى يقول: يا عبادي! كلكم مذنب إلا من عافيت؛ فاستغفروني أغفر لكم، وكلكم فقير إلا من أغنيت، إني جواد ماجد واجد؛ أفعل ما أشاء، عَطائي كلام، وعذابي كلام؛ إذا أردت شيئاً فإنما أقول له: كن فيكون.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya Allah SWT berkata: Wahai hamba-hamba-Ku! Kalian semua pendosa melainkan orang yang telah Aku ampunkan, jadi mintalah keampunan daripada-Ku maka Aku akan mengampuni kamu. Kalian semua adalah faqir melainkan orang yang telah Aku berikan kecukupan. Sesungguhnya Aku Maha Pemurah, Maha Mulia, Maha Kaya, Aku melakukan apa yang Aku kehendaki, pemberian-Ku dengan ucapan dan azab-Ku dengan ucapan. Saat Aku menginginkan sesuatu perkara maka akan Aku berkata padanya: Jadilah! Maka terjadilah ia.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1502, hadis nombor 7662. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي ذر -رضي الله عنه- قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: (إن الله تعالى يقول: يا عبادي! كلكم مذنب إلا من عافيت؛ فاستغفروني أغفر لكم، وكلكم فقير إلا من أغنيت، إني جواد ماجد واجد؛ أفعل ما أشاء، عَطائي كلام، وعذابي كلام؛ إذا أردت شيئاً فإنما أقول له: كن فيكون). [حم، (الضعيفة)) (5375)].
(Lemah)
Daripada Abi Dzar RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Sesungguhnya Allah SWT berkata: Wahai hamba-hamba-Ku! Kalian semua pendosa melainkan orang yang telah Aku ampunkan, jadi mintalah keampunan daripada-Ku maka Aku akan mengampuni kamu. Kalian semua adalah faqir melainkan orang yang telah Aku berikan kecukupan. Sesungguhnya Aku Maha Pemurah, Maha Mulia, Maha Kaya, Aku melakukan apa yang Aku kehendaki, pemberian-Ku dengan ucapan dan azab-Ku dengan ucapan. Saat Aku menginginkan sesuatu perkara maka akan Aku berkata padanya: Jadilah! Maka terjadilah ia.))
[Riwayat Ahmad dalam Musnadnya, Lihat Silsilah al-Da’ifah, 5375].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.