Sesiapa yang berselawat kepadaku di kuburku nescaya aku mendengarnya

TEKS BAHASA ARAB

حديث، من صلى علي عند قبري سمعته، ومن صلى علي. نائيا وكل الله بها ملكا يبلغني وكفي أمر دنياه وآخرته، وكنت له شهيدا أو شفيعا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesiapa yang berselawat kepadaku di kuburku nescaya aku mendengarnya dan sesiapa yang berselawat kepadaku dari jauh, Allah akan mewakilkan malaikat kepadanya untuk menyampaikan kepadaku serta dicukupkan perkara dunia dan akhiratnya. Aku akan menjadi saksi atau pemberi syafaat baginya.

STATUS

Tiada Asal

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 325, hadis nombor 16. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الخطيب عن أبي هريرة مرفوعا. قال العقيلي: لا أصل له، وقد أخرجه البيهقي في الشعب من الطريق الأولى، وفي إسناده: كذاب. وقد أخرج له البيهقي شواهد من حديث ابن مسعود مرفوعا: إن لله ملائكة سياحين في الأرض يبلغوني عن أمتي السلام. ومن حديث ابن عباس مرفوعا: ليس أحد من أمة محمد صلى الله عليه وآله وسلم يصلي عليه صلاة إلا وهي تبلغه. يقول الملك: فلان يصلى عليك. وأخرج أبو داود والبيهقي عن أبي هريرة قال: قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم: ما من أحد يسلم علي إلا رد الله إلي روحي حتى أرد عليه السلام. وقد ذكر له صاحب اللآلىء شواهد كثيرة.

Diriwayatkan oleh al-Khatib daripada Abu Hurairah secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW).
Al-‘Uqaili berkata: Tiada asal baginya. Ia diriwayatkan oleh al-Baihaqi dalam al-Syu’ab melalui jalan yang pertama. Pada sanadnya terdapat perawi yang berdusta.
Al-Baihaqi meriwayatkan hadith sokongan baginya daripada hadith Ibn Mas’ud secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya Allah mempunyai malaikat yang meronda-ronda di muka bumi menyampaikan kepadaku salam daripada umatku. Daripada hadith Ibn Abbas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tiada satupun daripada umat Nabi Muhammad SAW yang berselawat ke atas baginda kecuali pasti akan sampai kepadanya. Malaikat berkata: Si polan telah berselawat ke atasmu.
Abu Daud dan al-Baihaqi meriwayatkan daripada Abu Hurairah dia berkata: Nabi SAW bersabda: Tiada seorangpun yang menyampaikan salam kepadaku kecuali Allah akan mengembalikan rohku sehingga aku dapat membalas salamnya.
Disebutkan oleh penulis al-Laali’ hadith sokongan yang lain.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs