Sebaik-baik seseorang lelaki itu adalah yang faqih, jika dia diperlukan maka dia boleh diambil manfaat

TEKS BAHASA ARAB

نعم الرجل الفقيه، إن احتيج إليه انتفع به، وإن استغني عنه أغنى نفسه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sebaik-baik seseorang lelaki itu adalah yang faqih, jika dia diperlukan maka dia boleh diambil manfaat, jika dia tidak diperlukan maka dia sudah cukup (memberikan manfaat terhadap dirinya sendiri.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1237, hadis nombor 6303. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن علي رضي الله عنه، رفعه: نعم الرجل الفقيه، إن احتيج إليه انتفع به، وإن استغني عنه أغنى نفسه.
[ابن عساكر، ((الضعيفة)) (712)]

(Palsu)
Daripada ‘Ali RA, beliau meriwayatkannya secara marfu’: Sebaik-baik seseorang lelaki itu adalah yang faqih, jika dia diperlukan maka dia boleh diambil manfaat, jika dia tidak diperlukan maka dia sudah cukup (memberikan manfaat terhadap dirinya sendiri.
[Riwayat Ibn 'Asakir, Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 712]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.