Yahudi sering berkata bahawa jika mati seorang bayi dari kalangan mereka, mereka akan berkata: Dia adalah seorang yang benar

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كانت يهود تقول إذا هلك لهم صبي صغير قالوا: هو صديق، فبلغ ذلك النبي صلى الله عليه وسلم، فقال: كذبت يهود، ما من نسمة يخلقها الله في بطن أمه إلا أنه شقي أو سعيد. فأنزل الله عز وجل عند ذلك هذه الآية: هو أعلم بكم إذ أنشأكم من الأرض وإذ أنتم أجنة في بطون أمهاتكم الآية كلها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Puak Yahudi telah berbohong, tidak ada satu nyawa pun yang Allah ciptakan di dalam perut ibunya melainkan sesungguhnya dia ditakdirkan sama ada menjadi orang yang susah atau senang.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1559, hadis nombor 7899. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ثابت بن الحارث الأنصاري، قال: كانت يهود تقول إذا هلك لهم صبي صغير قالوا: هو صديق، فبلغ ذلك النبي صلى الله عليه وسلم، فقال: كذبت يهود، ما من نسمة يخلقها الله في بطن أمه إلا أنه شقي أو سعيد. فأنزل الله عز وجل عند ذلك هذه الآية: {هو أعلم بكم إذ أنشأكم من الأرض وإذ أنتم أجنة في بطون أمهاتكم…} الآية كلها. [طب، ((الضعيفة)) (6116)]

(Lemah)
Daripada Thabit Bin al-Harith al-Ansari, beliau berkata, dahulu orang Yahudi sering berkata bahawa jika mati seorang bayi dari kalangan mereka, mereka akan berkata: Dia adalah seorang yang benar. Ucapan tersebut sampai kepada Nabi SAW dan Nabi SAW pun bersabda: Puak Yahudi telah berbohong, tidak ada satu nyawa pun yang Allah ciptakan di dalam perut ibunya melainkan sesungguhnya dia ditakdirkan sama ada menjadi orang yang susah atau senang. Lalu Allah Azza wa Jalla menurunkan ayat, firman Allah SWT: ‘Ia lebih mengetahui akan keadaan kamu semenjak Ia mencipta kamu (berasal) dari tanah, dan semasa kamu berupa anak yang sedang melalui berbagai peringkat kejadian dalam perut ibu kamu.’ (Seluruh ayatnya) [An-Najm: 32] [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6116]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.