Ya Allah! Cukupkanlah aku dengan apa yang telah Engkau rezekikan kepadaku

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

اللهم! قنعني بما رزقتني وبارك لي فيه، وأخلف علي كل غائبة لي بخير.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ya Allah! Cukupkanlah aku dengan apa yang telah Engkau rezekikan kepadaku. berkatilah aku padanya serta gantikanlah setiap yang hilang kepadaku dengan kebaikan yang lebih baik.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1559, hadis nombor 7897. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عَنْ اِبْنِ عَبَّاسٍ -رَضِيَ اللَّه عَنْهُمَا- قال: كان صلى الله عليه وسلم يدعو؛ يقولُ: ((اللهم! قَنِّعْني بما رَزَقْتَني وباركْ لي فيه، وأَخلِفْ علي كلَّ غائبةٍ لي بخيرٍ)) [ك، ((الضعيفة)) (6042)]

(Lemah)
Daripada Ibn Abbas RA, beliau berkata, Rasulullah SAW pernah berdoa, Baginda berkata: “Ya Allah! Cukupkanlah aku dengan apa yang telah Engkau rezekikan kepadaku. berkatilah aku padanya serta gantikanlah setiap yang hilang kepadaku dengan kebaikan yang lebih baik.”
[Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6042]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.