Sebaik-baik sedekah adalah pemberian susu

TEKS BAHASA ARAB

خير الصدقة المنيحة، تغدو بأجر، وتروح بأجر، ومنيحة الناقة كعتاقة الأحمر، ومنيحة الشاة كعتاقة الأسود.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sebaik-baik sedekah adalah pemberian susu (dengan memberi pinjam binatang peliharaan bagi tujuan mendapatkan manfaat susunya secara percuma), (dengannya) kamu akan berpagian dengan pahala, dan berpetang juga dengan pahala, pemberian susu unta adalah seperti membebaskan orang merah (yakni orang yang berkulit putih, bukan dari kalangan Arab), pemberian susu kambing pula adalah seperti membebaskan orang berkulit hitam.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 878, hadis nombor 4501. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعا: ((خير الصدقة المنيحة، تغدو بأجر، وتروح بأجر، ومنيحة الناقة كعتاقة الأحمر، ومنيحة الشاة كعتاقة الأسود)). [حم، ((الضعيفة)) (3630)]

(Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Sebaik-baik sedekah adalah pemberian susu (dengan memberi pinjam binatang peliharaan bagi tujuan mendapatkan manfaat susunya secara percuma), (dengannya) kamu akan berpagian dengan pahala, dan berpetang juga dengan pahala, pemberian susu unta adalah seperti membebaskan orang merah (yakni orang yang berkulit putih, bukan dari kalangan Arab), pemberian susu kambing pula adalah seperti membebaskan orang berkulit hitam.”
[Riwayat Musnad Ahmad bin Hanbal. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3630]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs