Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kotoran yang bernajis

TEKS BAHASA ARAB

اللهم إني أعوذ بك من الرجس النجس الخبيث المخبث الشيطان الرجيم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kotoran yang bernajis, yang buruk lagi membahayakan iaitu syaitan yang terkutuk.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 43, hadis nombor 19. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ضعيف.
أخرجه ابن السني (18) والطبراني في الدعاء (ج 2/ ق 45/ 1) وفي الأوسط (ج 2/ ق 261/ 2) كما في نتائج الأفكار (1/ 198) من طريق عبد الرحيم بن سليمان عن إسماعيل بن مسلم، عن الحسن عن أنس قال: كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا دخل الغائط قال فذكره. قال الطبراني في الأوسط: لم يرو هذا الحديث عن الحسن وقتادة إلا إسماعيل بن مسلم تفرد به عبد الرحيم بن سليمان وله طريق آخر عن أنس طص (1/44) .
قلت: وإسماعيل بن مسلم هو المكي، متفق على ضعفه. ثم عنعنه الحسن البصري. وله شاهد من حديث أبي أمامة – رضي الله عنه -. أخرجه ابن ماجه (299) والطبراني في الكبير (ج8/ رقم 7849) وفي الدعاء (ج2/ق45 /1) كما في نتائج الأفكار (1/200) من طريق يحيى بن أيوب، عن عبيد الله بن زحر، عن علي بن يزيد، عن القاسم بن عبد الرحمن، عن أبي أمامة مرفوعا: لا يعجزن أحدكم إذا دخل مرفقه أن يقول: اللهم إني أعوذ بك من الرجس النجس، الخبيث المخبث الشيطان الرجيم .
قلت: وهذا سند واه، وقد تقدم ذكر ما فيه في الحديث رقم 11. وله شاهد من حديث ابن عمر رضي الله عنهما. أخرجه الطبراني في الدعاء. ومن طريقه الحافظ في النتائج (1/ 198) من طريق حبان بن علي، عن إسماعيل بن رافع، عن دويد، وهو ابن عمر، عن نافع، عن ابن عمر مرفوعا: فذكره بدون المخبث. قال الحافظ: هذا حديث حسن غريب ن وحبان – بكسر المهلة وتشديد الموحدة – فيه ضعف وكذا في شيخه.
قلت: حبان بن علي وإن كان ضعيفا فإنه أمثل من شيخه إسماعيل بن رافع؛ فقد تركه النسائي وابن خراش والدارقطني. وقال ابن معين، وعمرو بن علي، وأبو حاتم: منكر الحديث .والأكثر ون على تضعيفه. وله شاهد من حديث علي بن أبي طالب وبريدة بن الحصيب، رضي الله عنهما. أخرجه ابن عدي في الكامل (2/ 794) ومن طريقة الحافظ في النتائج (1/ 199) من طريق حفص بن عمر بن ميمون، عن المنذر بن ثعلبة، عن علباء بن أحمر، عن علي بن أبي طالب. وعن عبد الله بن بريدة، عن أبيه فذكره بمثل حديث ابن عمر السابق وزاد فيه: وإذا خرج قال: غفرانك ربنا وإليك المصير. قال ابن عدي: وهذا الحديث قد جمع فيه صحابيين، عليا، وبريدة، وجميعا غيربان في هذا الباب وما أظن رواه غير حفص بن عمر هذا، ولحفص بن عمر الفرخ أحاديث غير هذا، وعامة حديثه غير محفوظ، وأخاف أن يكون ضعيفا كما ذكره النسائي أ. هـ‍. وقال الحافظ: هذا حديث غريب. قلت: وحفص هذا، الأكثرون على تضعيفه، بل تركه الدارقطني. وقال ابن معين والنسائي: ليس بثقة.
فالحاصل أن الحديث من جميع وجوهه ضعيف كما ذكرنا، فقول الحافظ: حسن غريب لا يسلم له والله أعلم. أما الزيادة التي أوردها: وإذا خرج قال: غفرانك ربنا وإليك المصير. فالمحفوظ من ذلك أن يقول: غفرانك فقط. كما أخرجه أبو داود (30) ، والنسائي في عمل اليوم والليلة (79) ، والترمذي (7) ، وابن ماجه (300) ، والبخاري في الأدب المفرد (693) ، والدارمي (1/ 139) ، وأحمد (6/ 155) ، وابن أبي شيبة (1/ 2) وابن الجارود (42) ، والطبراني في الدعاء (ج 2/ ق 45/ 2، وابن أبي شبية (1/ 2، 10/ 454) ، وابن السني (23) ، وابن خزيمة (1/ 48) ، وابن حبان (ج 2/ رقم 1441) ، والحاكم (1/ 158) ، والبيهقي (1/ 97) من طريق إسرائيل، عن يوسف بن أبي بردة، عن أبيه، عن عائشة قالت: ما خرج رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم من الغائط إلا قال: غفرانك. قال الترمذي: حديث حسن غريب.

Dha’if. Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh Ibn al-Sunni (18), al-Tabarani dalam al-Du’a (juz 2/hlm. 45/1) dan dalam al-Awsat (juz 2/hlm. 261/2) – sebagaimana dalam Nata’ij al-Afkar (1/198) – melalui sanad ‘Abdul Rahim bin Sulayman daripada Isma’il bin Muslim daripada al-Hasan daripada Anas, katanya: Rasulullah SAW apabila mahu masuk untuk buang air, Baginda SAW membaca…..lalu beliau menyebutkan hadith tersebut. Al-Tabarani berkata dalam al-Awsat: "Hadith ini tidak diriwayatkan daripada al-Hasandan Qatadah kecuali oleh Isma’il bin Muslim. ‘Abdul Rahim bin Sulayman bersendirian meriwayatkannya". Hadith tersebut ada sanad lain daripada Anas diriwayatkan oleh al-Tabarani dalam al-Saghir (1/44).
Saya berkata: Isma’il bin Muslim al-Makki, ulama sepakat menilainya sebagai dha’if. Kemudian riwayat secara ‘an’anah oleh al-Hasan al-Basri. Hadith tersebut ada sokongan melalui hadith Umamah RA. Ianya telah dikeluarkan oleh Ibn Majah (299), al-Tabarani dalam al-Kabir (juz 8/ hadith : 7849) dan dalam al-Du’a – (juz 2/hlm. 45/1) sebagaimana dalam Nata’ij al-Afkar (1/200) melalui sanad Yahya bin Ayyub daripada ‘Ubaidullah bin Zahr daripada ‘Ali bin Zaid daripada al-Qasim bin ‘Abd al-Rahman daripada Abu Umamah secara marfu’: "Janganlah seseorang kamu merasa lemah ketika masuk ketempat hajarnya untuk membaca: "Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada kotoran dan najis yang buruk lagi membahayakan, iaitu syaitan yang terkutuk".
Saya berkata: Sanad ini adalah Wahin (terlalu dha’if). Telah disebutkan sebelum ini sebab yang terdapat dalam sanad pada hadith : (11). Hadith tersebut mempunya sokongan daripada hadith Ibn ‘Umar RA. Ianya telah dikeluarkan oleh al-Tabarani dalam al-Du’a., juga al-Hafiz dalam al-Nata’ij (1/198) mengeluarkan daripada sanad al-Tabarani, melalui sanad Hibban bin ‘Ali daripada Isma’il bin Rafi’ daripada Duwaid Ibn ‘Umar daripada Nafi’ daripada Ibn ‘Umar secara marfu’, lalu beliau menyebutkan hadith tersebut tanpa menyebutkan lafaz "al-Mukhabbath". Al-Hafiz berkata: "Hadith ini hasan gharib, Hibban pula ada kelemahan pada beliau, demikian juga guru beliau".
Saya berkata: Hibban bin ‘Ali walaupun seorang yang dha’if, namun beliau lebih bagus berbanding gurunya Isma’il bin Rafi’, kerana al-Nasa’ei, Ibn Khirash dan al-Daraqutni telah meninggalkan riwayat beliau. Ibn Ma’in, ‘Amr bin ‘Ali dan Abu Hatim berkata: "Munkar al-Hadith". Majoriti ulama menilai beliau sebagai dha’if.
Hadith tersebut ada sokongan lagi melalui hadith ‘Ali bin Abi Talib dan Buraidah bin al-Husaib RA. Ianya telah dikeluarkan oleh Ibn ‘Adi dalam al-Kamil (2/794), juga oleh al-Hafiz dalam al-Nata’ij (1/199) melalui sanad Ibn ‘Adi, daripada sanad Hafs bin ‘Umar bin Maimun daripada al-Munzir bin Tha’labah daripada ‘Ulya’ bin Ahmar daripada ‘Ali bin Abi Talib dan daripada ‘Abd Allah Ibn Buraidah daripada ayahnya….lalu beliau pun menyebutkan hadith tersebut sama seperti hadith Ibn ‘Umar yang lepas, Cuma ada tambahan: Dan apabila keluar, Baginda SAW membaca: Keampunan-Mu, Tuhan kami. Dan hanya kepada Engkaulah kami kembali. Ibn ‘Adi berkata: Hadith ini telah menghimpunkan beberapa orang sahabat, iaitu ‘Ulya’, Buraidah dan kesemuanya gharib dalam bab ini. Saya tidak beranggapan bahawa perawi selain Hafs bin ‘Umar meriwayatkan hadith ini.Hafs bin ‘Umar al-Farkh mempunyai hadith-hadith lain selain hadith ini, kesemua hadithnya tidak mahfuz. Aku bimbang jika beliau seorang yang dha’if sebagaimana disebutkan oleh al-Nasa’ei". Al-Hafiz berkata: Ini adalah hadith gharib. Saya berkata: Hafs tersebut, majoriti ulama menilai beliau sebagai dha’if, bahkan al-Daraqutni meninggalkan riwayat beliau. Ibn Ma’in dan al-Nasa’ei berkata: Beliau tidak thiqah.
Kesimpulannya, hadith tersebut adalah dha’if melalui kesemua sanadnya sebagaimana telah kami sebutkan. Manakala, kata al-Hafiz Hasan gharib adalah tidak boleh diterima. Adapun penambahan yang terdapat dalam hadith: Dan apabila keluar, Baginda SAW membaca: Keampunan-Mu Tuhan kami. Dan hanya kepada-Mu kami kembali, yang mahfuznya adalah bacaan: Keampunan-Mu sahaja sebagaimana telah dikeluarkan oleh Abu Daud (30), al-Nasa’ei dalam ‘Amal al-Yaum Wa al-lailah (79), al-Tirmizi (7), Ibn Majjah (300), al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad (693), al-Darimi (1/139), Ahmad (6/155), Ibn Abi Shaybah (1/2), Ibn al-Jarud (42), al-Tabarani dalam al-Du’a (juz 2/hlm. 45/2), Ibn Abi Shaybah (1/2, 1/454), Ibn al-Sunni (23), Ibn Khuzaimah (1/48), Ibn Hibban (juz 2/hadith : 1441), al-Hakim (1/158) dan al-Baihaqi (1/97) melalui sanad Isra’il daripada Yusuf bin Abi Burdah daripada ayahnya daropada ‘Aishah, katanya: Rasulullah SAW tidak keluar daripada tempat membuang air melainkan Baginda SAW membaca: Keampunan-Mu. Al-Tirmizi berkata: Hadith hasan gharib. Saya berkata: Statusnya sebagaimana yang dikatakan oleh al-Tirmizi.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs