Tidaklah seseorang berkata ketika Allah mengembalikan ruhnya iaitu bangun dari tidur

TEKS BAHASA ARAB

ما من عبد يقول حين رد الله إليه روحه: لا إله إلا الله، وحده لا شريك له، له الملك، وله الحمد، وهو على كل شيء قدير إلا غفر الله له ذنوبه ولو كانت مثل زبد البحر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidaklah seseorang berkata ketika Allah mengembalikan ruhnya ( iaitu bangun dari tidur): ‘Tidak ada Tuhan yang layak disembah selain Allah. Dialah satu-satunya tidak ada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya segala kerajaan dan segala pujian. Dia Maha Berkuasa atas setiap sesuatu’, melainkan Allah akan memberikan keampunan kepadanya sekalipun dosa-dosa seperti buih-buih di lautan.

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 40, hadis nombor 17. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ضعيف جدا.
أخرجه ابن السني (رقم 10) قال: حدثني أبو عروبة، قال: حدثنا عبد الوهاب بن الضحاك، قال: ثنا إسماعيل بن عياش، عن محمد بن إسحاق، عن موسى بن وردان، عن نابل صاحب العباء، عن عائشة مرفوعا.
قلت: وهذا سند ساقط، مسلسل بالعلل. أما شيخ المصنف، أبو عروبة الحراني، فهو الحسين بن محمد بن أبي معشر، مودود السلمي. قال ابن عدي: كان عارفا بالرحال وبالحديث. شفاني حين سألته عن قوم من المحدثين وقال أبو أحمد الحاكم في الكنى: كان من أثبت من أدركناه، وأحسنهم حفظا. وهو مترجم في السير ( 14/ 510) ، وتذكره الحفاظ (2/ 774- 775) وغيرهما. ووهم من قال إنه: الحسين بن محمد بن أبي معشر السندي المترجم في الميزان (1/ 547) لأمرين: الأول: أن المترجم في الميزان يروي عن وكيع، وأبو عروبة لم يرو عن وكيع شيئا، كما يعلم من ترجمة. الثاني: أن المترجم في الميزان قال فيه الذهبي: فيه لين. ثم نقل قول ابن المنادي: لم يكن بثقة وقول ابن قانع: ضعيف. أما أبو عروبة الحراني شيخ المصنف فقد مضى الكلام عليه، وأنه كان ثقة حافظا. والله أعلم. وعبد الوهاب بن الضحاك، كذبه أبو حاتم، وصالح بن محمد، ورماه أبو داود بوضع الحديث. وإسماعيل بن عياش، إن روى عن المدنيين، فليس بشيء، وهذه الرواية منها. فإن ابن إسحاق مدني ثم ابن إسحاق مدلس، وقد عنعنه. وموسى بن وردان، ونابل، مختلف فيهما.
والحديث عزاه في المطالب (3362) للحارث بن أبي أسامة. ثم رأيته في نتائج الأفكار (112) للحافظ ابن حجر، فذكر نحو ما ذكرت، فرواه من طريق المصنف هنا، ثم قال: هذا حديث ضعيف جدا، أخرجه الحسن بن سفيان في مسنده عن عبد الوهاب بن الضحاك به. ثم قال: وقد وجدت الحديث في مسند الحارث بن أبي أسامة أخرجه من طريق الليث بن سعد، عن إسحاق بن عبد الله بن أبي فروة، عن موسى بن وردان به، وإسحاق ضعيف جدا، ولعل إسماعيل سمعه منه، فظنه عن ابن إسحاق أ. هـ‍. وأخرجه الخطيب في التاريخ (8/ 301) من طريق الحارث بن أبي أسامة، حدثنا خالد بن القاسم، حدثنا الليث بن سعد بمثل ما ذكره الحافظ. وخالد بن القاسم هو المدائني، وكان يدخل الحديث على الشيوخ، تركه غير واحد منهم ابن المديني في رواية، والبخاري ومسلم والنسائي. وقال الساجي: أجمع أهل الحديث على ترك حديثه. وقال يعقوب بن شيبة: صاحب حديث متقن متروك الحديث، كل أصحابنا يجمع على تركه، غير علي بن المديني، فإنه كان حسن الرأي فيه.
قلت: وقد روى البخاري عن ابن المديني أنه تركه أيضا، فالظاهر أنه كان حسن الرأي فيه أولا، ثم سيره، فعرف حقيقته. وقد أخرج ابن حبان (ج 7/ رقم 5503) ، وعنه الحافظ في نتائج الأفكار (114) من طريق مسعر بن كدام، عن حبيب بن أبي ثابت، عن عبد الله بن باباه، عن أبي هريرة مرفوعا: من قال حين يأوى إلى فراشه: لا آله إلا الله له الملك، وله الحمد، وهو على كل شيء قدير، لا حول ولا قوة إلا بالله. سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله، والله أكبر، غفرت له ذنوبه – أو قال: خطاياه، شك مسعر – وإن كانت مثل زبد البحر. وخالفه سفيان الثوري وشعبة، فروياه عن حبيب بن أبي ثابت، به موقوفا. أخرجه النسائي في عمل اليوم والليلة (816 و817) وقال: ليس في حديث شعبة: عند منامه. قال الحافظ في النتائج (144) : وهذا حديث حسن.
قلت: والخلاف بين هذه الرواية وبين حديث الباب، أن هذا صريح في أنه في الصباح، وحديث أبي هريرة يقال في المساء، وعلى كل حال فهو يغني عنه. والله أعلم.

Dha’if jiddan. Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh Ibn al-Sunni (hadith : 10), katanya: Abu ‘Arubah telah menceritakan kepada saya, katanya ‘Abdul Wahhab bin al-Dahhak telah menceritakan kepada kami, katanya Isma’il bin ‘Ayyash telah menceritakan kepada kami daripada Muhammad bin Ishaq daripada Musa bin Wardan daripada Nabil sahabat al-‘Aba’ daripada ‘Aishah secara marfu’.
Saya berkata: Sanad ini Saqit (terlalu dha’if), terdapat ‘illah yang berturut-turut. Adapun guru kepada penulis (Ibn al-Sunni), iaitu Abu ‘Arubah al-Harrani, beliau adalah al-Husain Ibn Muhammad bin Abu Ma’shar Mawdud al-Sulami. Ibn ‘Adi berkata: "Beliau seorang yang arif tentang perawi-perawi dan hadith….beliau telah membantu saya ketika saya bertanya kepadanya tentang segolongan ahli hadith". Abu Ahmad al-Hakim berkata dalam al-Kuna: "Beliau adalah antara orang paling tetap (ingatan tidak berubah) dalam kalangan orang yang kami pernah temui dan paling bagus hafalan". Terdapat biografi beliau dalam al-Siyar (14/510), Tazkirah al-Huffaz (2/774-775) dan lain-lain. Maka ramai telah terkeliru orang yang berkata bahawa beliau adalah al-Husain bin Muhammad bin Abu Ma’shar al-Sindi yang terdapat biografinya dalam al-Mizan (1/547) kerana dua sebab; Pertama: Perawi yang disebutkan biografinya dalam al-Mizan ada meriwayatkan daripada Waki’, sedangkan Abu ‘Arubah tidak pernah meriwayatkan daripada Waki’ satu hadith pun sebagaimana diketahui melalui biografi beliau. Kedua: Perawi yang disebutkan biografinya dalam al-Mizan, al-Zahabi berkata tentangnya: "Padanya terdapat kelemahan". Kemudian beliau menukilkan kata-kata Ibn al-Munada: "Beliau tidak thiqah pun" dan kata-kata Ibn Qani’: "Dha’if".
Adapun Abu ‘Arubah al-Harrani, guru kepada penulis (Ibn ‘Adi) telah disebutkan perbehasan tentang beliau dan beliau seorang yang thiqah lagi hafiz. Wallahua’lam. ‘Abd al-Wahhab bin al-Dahhak, Ibu Hatim dan Soleh bin Muhammad menilai beliau sebagai pendusta, manakala Abu Daud pula melemparkan dakwaan bahawa beliau memalsukan hadith. Isma’il bin ‘Ayyash pula, sekiranya beliau meriwayatkan daripada penduduk Madinah, maka hadithnya tidak bermasalah, riwayat ini adalah daripada penduduk Madinah. Ini kerana, Ibn Ishaq adalah penduduk Madinah. Seterusnya, Ibn Ishaq seorang Mudallis dan beliau telah meriwayatkannya secara ‘an’anah. Musa bin Wardan dan Nabil pula terdapat perbezaan pendapat tentang mereka berdua.
Hadith tersebut turut disandarkan dalam al-Matalib (3362) kepada al-Harith bin Abu Usamah. Kemudian, kami melihat hadith itu dalam Nata’ij al-Afkar (112) oleh al-Hafiz Ibn Hajar, beliau menyebutkan sebagaimana yang saya telah sebutkan, beliau meriwayatkan hadith itu melalui sanad penulis (Ibn ‘Adi) seperti disini. Kemudian beliau berkata: "Hadith ini dha’if jiddan". Al-Hasan bin Sufyan telah mengeluarkannya dalam Musnad beliau daripada ‘Abdul Wahhab bin al-Dahhak dan seterusnya. Kemudian, beliau berkata lagi: "Saya telah menemui hadith ini dalam Musnad al-Harith bin Abu Usamah, beliau mengeluarkannya melalui sanad al-Laith bin Sa’d daripada Ishaq bin Abd Allah bin Abu Farwah daripada Musa bin Wardan dan seterusnya. Ishaq dha’if jiddan. Boleh jadi Isma’il telah mendengar daripada beliau (Ishaq), lalu menyangkanya daripada Ibn Ishaq".
Turut dikeluarkan oleh al-Khatib dalam al-Tarikh (8/301) melalui sanad al-Harith bin Abu Usamah, katanya Khalid bin al-Qasim telah menceritakan kepada kami, katanya al-Layth bin Sa’d telah menceritakan kepada kami sebagaimana yang telah disebutkan oleh al-Hafiz. Khalid Ibn al-Qasim adalah al-Mada’ini. Beliau memasukkan hadith dalam (riwayat-riwayat) guru-guru beliau. Beberapa ulama meninggalkan beliau antaranya Ibn al-Madini dalam satu riwayat, al-Bukhari, Muslim, dan al-Nasa’ei. Al-Saji berkata: "Ahli hadith ijmak meninggalkan hadith beliau". Ya’qub bin Shaybah pula berkata: "Pemilik hadith yang kukuhm Matruk al-Hadith (Perawi yang ditinggalkan hadithnya), kesemua sahabat-sahabat kami sepakat meninggalkan beliau, kecuali ‘Ali bin al-Madini, kerana beliau berpandangan baik terhadapnya".
Saya berkata: al-Bukhari turut meriwayatkan daripada Ibn al-Madini bahawa beliau turut meninggalkannya. Zahirnya, di peringkat awal beliau berpandangan baik terhadap Khalid, kemudian beliau berada bersamanya, lalu beliau mengetahui hakikat sebenar Khalid. Ibn Hibban turut mengeluarkan hadith tersebut (juz 7/hadith : 5503), juga al-Hafiz meriwayatkan daripada ibn Hibban dalam Nata’ij al-Afkar (114) melalui sanad Mis’ar bin Kidam daripada Habib bin Abu Thabit daripada Abd Allah bin Babah daripada Abu hurairah secara marfu’: "Sesiapa yang ketika merebahkan diri ke pembaringannya dia membaca: Tidak ada Tuhan yang layak disembah selain Allah, bagiNyalah segala kerajaan dan segala pujian. Dia berkuasa atas setiapp sesuatu. Tidak ada upaya dan tidak ada kekuatan selain milik Allah. Mahasuci Allah, Maha puji bagi Allah, Tidak ada Tuha yang layak disembah selain Allah, akan diberikan keampunan untuknya terhadap dosa-dosanya – atau Baginda SAW bersabda- kesalahan-kesalahannya; Mis’ar tidak dapat memastikan – sekalipun ianya seumpama buih-buih di lautan". Sufyan dan Syu’bah meriwayatkan berbeza dengan Mis’ar, kedua mereka meriwayatkannya daripada Habib bin Abu Thabit dengan sanadnya secara mawquf. Ianya telah dikeluarkan oleh al-Nasa’ei dalam ‘Amal al-Yawm Wa al-Lailah (816, 817) seraya berkata: "Dalam hadith Syu’bah tidak ada: Ketika hendak tidur". Al-Hafiz berkata dalam al-Nataij (114): "Ini adalah hadith hasan".
Saya berkata: Perbezaan antara riwayat ini dengan hadith dalam bab ini adalah hadith ini jelas menyebutkan ianya bacaan ketika pagi manakala hadith Abu Hurairah pula ketika petang hari. Apapun, ianya tidak diperlukan. Wallahua’lam.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs