Segala puji bagi Allah yang telah membuat baik kepadaku pada awal dan akhir

TEKS BAHASA ARAB

كان رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم إذا خرج من الغائط قال: الحمد لله الذي أحسن إلي في أوله وآخره.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila Rasulullah SAW keluar daripada membuang air, Baginda membaca: Segala puji bagi Allah yang telah membuat baik kepadaku pada awal dan pada akhir.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 44, hadis nombor 20. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

موضوع.
أخرجه ابن السني في اليوم والليلة (24) قال: حدثني محمد بن الحسن بن صالح بن شيخ بن عميرة، حدثنا أبو زرعة الرازي، حدثنا أحمد بن سليمان، حدثنا الوليد بن بكير، أبو جناب، عن عبد الله بن محمد العدوي حدثني عبد الله الداناج، عن أنس بن مالك فذكره.
قلْتُ: أما شيخ المصنف فإني لم أهتد إِلى معرفته، وقد روى عنه ابن السني حدثين آخرين برقم (173، 174) باب: التسمية إذا ادَّهن ويقع لي أنه مصحف، والكتاب ملآن بذلك، نسأل الله السلامة. وفي ترجمة أبي زرعة الرازي من تهذيب الكمال (ج 2/ لوحة 882) وجدت في الرواة عنه: محمد بن الحسين بن الحسن القطان فهل هو وأحمد بن سليمان، هو ابن أبي الطيب، وأبو الطيب هِيَ كنية والده سليمان. قَالَ الذهبي في الميزان (1/102) : وثق ضعفه أبو حاتم وحده، وَقَالَ أبو زرعة: حافظ محله الصدق. والوليد بن بكير، أبو جناب الكوفي، قالَ أبو حاتم: شيخ. ووثقه ابن حبان. ولكن قَالَ الدارقطني: متروك. وعبد الله بن محمد العدوي. قَالَ الحافظ في نتائج الأفكار (1/ 222) : العدوي ضعيف.
قلت: تساهل الحافظ فيهِ هنا، في حين أنه قال في التقريب: متروك، رماه وكيع بالوضع وله شاهد مرسل. أخرجه ابن أبي شيبة (1/ 2) ، والطبراني في الدعاء كما في نتائج الأفكار (1- 222) من طريقين عن زمعة بن صالح، عن سلمة بن وهرام، عن طاووس قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إذا خرج أحدكم من الخلاء فليقل: الحمد لله الذي أذهب عني ما يؤذيني، وأمسك علي ما ينفعني. قال الطبراني: لم نجد من وصل هذا الحديث وقال الحافظ: وفيه مع إرساله ضعف من أجل زمعة.

Mawdhu’. Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh Ibn al-Sunni dalam al-Yaum Wa al-Lailah (24), katanya Muhammad bin al-Hasan bin Soleh bin Syeikh bin ‘Umairah telah menceritakan kepadaku, katanya Abu Zur’ah al-Razi telah menceritakan kepada kami, katanya Ahmad bin Sulayman telah menceritakan kepada kami, katanya al-Walid bin Bukair Abu Janab telah menceritakan kepada kami daripada Abd Allah bin Muhammad al-‘Adawi, katanya Abd Allah al-Danaj telah menceritakan kepadaku daripada Anas bin Malik, lalu beliau pun menyebutkan hadith tersebut.
Saya berkata: Guru penulis, saya tidak menemui maklumat tentang beliau. Ibn al-Sunni telah meriwayatkan dua hadith lain daripada beliau, hadith : (173, 174) bab : Membaca Basmalah Ketika Memakai Minyak Rambut. Saya merasakan telah berlaku kesalahan ejaan. Kitab tersebut penuh dengan kesalahan ejaan. Kami meminta keselamatan kepada Allah. Dalam biografi Abu Zur’ah al-Razi melalui Tahzib al-Kamal (juz 2/hlm. 882) saya menemui berkenaan perawi yang meriwayatkan daripada beliau iaitu Muhammad bin al-Husain bin al-Hasan al-Qattan, adakah beliau? Dan Ahmad bin Sulayman Ibn Abi al-Tayyib, Abu al-Tayyib adalah kunyah ayah beliau, iaitu Sulayman. Al-Zahabi dalam al-Mizan (1/102) berkata: Beliau dinilai thiqah. Abu Hatim sahaja yang menilai beliau sebagai dhai’if. Abu Zur’ah berkata: Hafiz, tempatnya adalah sifat benar. Al-Walid bin Bukair, Abu Janab al-Kufi pula, Abu Hatim berkata: Syeikh dan Ibn Hibban menilai beliau sebagai thiqah. Namun, al-Daraqutni berkata: Matruk. Abd Allah bin Muhammad al-‘Adawi, al-Hafiz berkata dalam Nata’ij al-Afkar (1/222): Al-‘Adawi seorang yang dha’if.
Saya berkata: Disini al-Hafiz bermudah-mudah berkenaan kedudukan al-‘Adawi, sedangkan dalam al-Taqrib beliau berkata: Matruk, Waki’ melemparkan dakwaan bahawa beliau telah melakukan pemalsuan hadith. Hadith tersebut ada sokongan yang mursal. Ianya telah dikeluarkan oleh Ibn Abi Shaybah (1/2), al-Tabarani dalam al-Du’a sebagaimana dalam Nata’ij al-Afkar (1/222) melalui dua sanad daripada Zam’ah bin Soleh daripada Salamah bin Wahram daripada Tawus, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Apabila seseorang kamu keluar daripada tanda, maka ucapkanlah: Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan daripadaku perkara yang menyakitiku dan menahan untukku perkara yang memberikan manfaat kepadaku. Al-Tabarani berkata: Kami tidak menemui sesiapa pun yang meriwayatkan hadith ini secara bersambung. Al-Hafiz berkata: Dalam sanad itu, disamping mursal, ianya juga dha’if disebabkan oleh Zam’ah.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs