Ya Allah, datangkanlah kepadaku ciptaan-Mu yang paling Engkau cintai

TEKS BAHASA ARAB

اللهم ائتني بأحب خلقك إليك يأكل معي من هذا الطير، فجاء أبو بكر فرده وجاء عمر فرده، وجاء علي فأذن له.

TEKS BAHASA MALAYSIA

"Ya Allah, datangkanlah kepadaku ciptaan-Mu yang paling Engkau cintai, agar dia dapat makan bersamaku daripada burung ini". Maka Abū Bakr datang, lalu Baginda menolaknya. ‘Umar juga datang, lalu Baginda menolaknya. ‘Ali juga datang, lalu Baginda pun mengizinkan baginya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 434, hadis nombor 2334. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أنس بن مالك – رضي الله عنه -، قال: إن النبي ﷺ كان عنده طائر، فقال: «اللهم ائتني بأحب خلقك إليك يأكل معي من هذا الطير، فجاء أبو بكر فرده وجاء عمر فرده، وجاء علي فأذن له». [النسائي في «الكبرى»، ابن الجوزي في «العلل المتناهية»، «الضعيفة» (6575)].

(Munkar) Daripada Anas bin Mālik RA, beliau berkata: Sesungguhnya Nabi ﷺ pernah mempunyai (hidangan) seekor burung, lalu Baginda berdoa: “Ya Allah, datangkanlah kepadaku ciptaan-Mu yang paling Engkau cintai, agar dia dapat makan bersamaku daripada burung ini". Maka Abū Bakr datang, lalu Baginda menolaknya. ‘Umar juga datang, lalu Baginda menolaknya. ‘Ali juga datang, lalu Baginda pun mengizinkan baginya.” [Riwayat al-Nasā’ī dalam Sunan al-Kubrā dan Ibn al-Jawzī dalam al-‘Ilal al-Mutanāhiyah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6575].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs