Tidak ada sedekah pada unta yang digunakan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ليس في الإبل العوامل صدقة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak ada sedekah pada unta yang digunakan.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 885, hadis nombor 4544. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عبد الله بن عمرو -رضي الله عنهما- مرفوعا: (ليس في الإبل العوامل صدقة). [عد، قط، هق، ((الضعيفة)) (4381)]

(Sangat Lemah) Daripada Abdullah bin Amru RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidak ada sedekah pada unta yang digunakan. [Riwayat Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu’afa’, Sunan al-Daruqutni, al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4381]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.