Merdekakan atau peganglah (dia)

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أعتق أو أمسك. قاله لمن صكّ وجه جاريته الراعية، وقد انتزع السبع ضرع شاة صفي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

"Merdekakan atau peganglah (dia)". Baginda menyebutkannya kepada orang yang memukul muka hamba perempuannya yang mengembala kambing, setelah seekor binatang buas merenggut kantung susu seekor biri-biri yang banyak susu.

STATUS

Munkar dengan tambahan “atau peganglah”

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 433, hadis nombor 2332. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بزيادة: «أو أمسك») عن عطاء: أن رجلا كانت له جارية في غنم ترعاها، وكانت شاة صفي، – يعني غزيرة – في غنمه تلك، فأراد أن يعطيها نبي الله ﷺ: فجاء السبع فانتزع ضرعها، فغضب الرجل فصك وجه جاريته، فجاء نبي الله ﷺ فذكر ذلك له، وذكر أنها كانت عليه رقبة مؤمنة وافية، قد هم أن يجعلها إياها حين صكها، فقال له النبي ﷺ: «ايتني بها». فسألها النبي ﷺ: "أتشهدين أن لا إله إلا الله؟" قالت: نعم. "وأن محمدا عبد الله ورسوله؟" قالت: نعم. "وأن الموت والبعث حق؟" قالت: نعم. "وأن الجنة والنار حق؟" قالت: نعم. فلما فرغ قال: أعتق أو أمسك؟". قلت: أثبت هذا؟ قال: نعم. وزعموا. وحدثنيه أبو الزبير، فولدت بعد ذلك في قريش. [ع، «الضعيفة» (6565)].

(Munkar Dengan Tambahan: "atau peganglah") Daripada ‘Ata’, bahawa seorang lelaki memiliki seorang hamba perempuan yang (ditugaskan) dengan kambing-kambing yang dia kembala. Ada pula seekor biri-biri yang jernih, – iaitu banyak susu – dalam kalangan kambing-kambing tadi. Lelaki itu ingin memberikan kambing itu kepada Nabi Allah ﷺ. Namun datang seekor binatang buas lalu ia merenggut kantung susu biri-biri tersebut. Lelaki itu menjadi marah lalu memukul muka hamba perempuannya. Maka Nabi Allah ﷺ pun datang, lalu lelaki itu menyebutkan peristiwa tersebut kepada Baginda. Lelaki itu juga menyebutkan bahawa dia merupakan hamba perempuan yang beriman dan sempurna baginya. Dia telah berazam untuk membebaskannya ketika dia memukulnya. Maka Nabi ﷺ bersabda kepadanya: “Datangkanlah kepadaku hamba itu.” Lalu Nabi ﷺ bertanya kepadanya: “Adakah kamu bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah?” Dia menjawab: “Benar.” “Dan Muhammad itu hamba Allah dan pesuruh Allah?” Dia menjawab: “Benar.” “Dan sesungguhnya mati dan kebangkitan itu benar?” Dia menjawab: “Benar.” “Dan sesungguhnya syurga dan neraka itu benar?” Dia menjawab: “Benar.” Tatkala Baginda selesai, Baginda ﷺ bersabda: “Merdekakan atau peganglah (dia).” Aku bertanya: “Adakah (hadis) ini sabit?” Beliau menjawab: “Ya.” Mereka juga yakin (dengan hal itu). Abu al-Zubayr juga menceritakannya kepadaku. Setelah itu perempuan itu bersalin dalam kalangan Quraisy. [Riwayat Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6565].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.