Ya Allah! Berikanlah kebaikan kepadaku dan pilihlah untukku

TEKS BAHASA ARAB

اللهم خر لي واختر لي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ya Allah! Berikanlah kebaikan kepadaku dan pilihlah untukku.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 33, hadis nombor 8. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

منكر.
أخرجه الترمذي (9/ 497- تحفة) وأبو يعلى (ج1/ رقم 44) والسهمي في تاريخ جرجان (1/ 11/ 444) من طريق الإسماعيلي، وهذا في معجمه (ج 1/ ق 39/ 2- ق 40/ 1) والدارقطني في المؤتلف والمختلف (3/ 1721) وابن السني (602) ، وأبو بكر أحمد بن سعيد الأموي في مسند أبي بكر (ص – 81) ، والبغوي في شرح السنة (4/ 155) من طريق زنفل بن عبد الله، عن ابن أبي مليكة، عن عائشة، عن أبي بكر – رضي الله عنه – أن رسول الله – صلى الله عليه وسلم كان إذا أراد أمراً قال… فذكره. قال الترمذي: هذا حديث غريب، لا نعرفه إلا من حديث زنفل، وهو ضعيف عند أهل الحديث . وقال أبو زرعة الرازي: هذا حديث منكر، وزنفل ضعيف ليس بشيء. نقله عنه، ابن أبي حاتم في العلل (2/203- 204/ 2101) .
قلت: وهو كما قال، وزنفل ضعفه أيضاً ابن معين، والدارقطني وغيرهم. والحديث ضعفه الحافظ في الفتح (11/ 184). وقال العجلوني في كشف الخفاء (1/ 215) عقب هذا الحديث: قال النجم: ومما جربته كثيراً أن يقال ذلك في الاستخارة سبع مرات، وما سبق إلى قلبي فعلته، فيكون فيه النجاح والسداد، موافقاً لما عند ابن السني، وهو الحديث الآتي.

Munkar. Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh al-Tirmizi (9/497 – Tuhfah), Abu Ya’la (juz 1/hadith no 44), al-Sahmi dalam Tarikh Jurjan (1/11/444) melalui sanad al-Isma’ili, in juga terdapat dalam Mu’jamnya (juz 1/hlm. 39/2 – hlm. 40/1), al-Daraqutni dalam al-Mu’talif Wa al-Mukhtalif (3/1721), Ibn al-Sunni (602), Abu Bakr Ahmad Ibn Sa’id al-Umawi dalam Musnad Abi Bakr (hlm 81), al-Baghawi dalam Syarh al-Sunnah (4/155) melalui sanad Zanfal bin Abd Allah daripada Ibn Abi Mulaikah daripada ‘Aisyah daripada Abu Bakr RA bahawa Rasulullah SAW apabila mahukan sesuatu, Baginda SAW membaca…Beliau menyebutkan hadith tersebut. Al-Tirmizi berkata: Ini adalah hadith yang gharib, tidak diketahui melalinkan daripada hadith Zanfal, beliau seorang yang Dha’if di sisi Ahli Hadith. Abu Zur’ah al-Razi pula berkata: Hadith ini Munkar. Zanfal seorang yang Dha’if, beliau tidak ada nilai. Dinukilkan oleh Ibn Abi Hatim dalam al-‘Ilal (2/203-305/2101).
Saya berkata: Ia sebagaimana yang telah dikatakan, Zanfal turut dinilai Dha’if oleh Ibn Ma’in, al-Daraqutni dan lain-lain. Hadith tersebut turut dinilai Dha’if oleh al-Hafiz dalam al-Fath (11/184). Al-‘Ajluni dalam Kashf al-Khafa’ (1/215) beliau berkata setelah menyebutkan hadith ini: al-Najm berkata: Antara yang paling banyak saya cuba adalah menyebutkan bacaan itu dalam istikharah sebanyak tujuh kali, apa yang terlintas dalam hati saya, pasti saya lakukan. Ianya memperolehi kejayaan dan tepat. Bertepatan dengan hadith yang terdapat di sisi Ibn al-Sunni. Iaitu hadith berikut.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs