Janganlah kamu bertanya seseorang lelaki sebab apakah dia memukul isterinya

TEKS BAHASA ARAB

لا تسأل الرجل فيم ضرب امرأته ولا تنم إلا على وتر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Janganlah kamu bertanya seseorang lelaki sebab apakah dia memukul isterinya dan janganlah kamu tidur kecuali setelah melakukan witir.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 21, hadis nombor 2. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ضعيف.
أخرجه أبو داود (6/ 185- عون) والنسائي في عشرة النساء من الكبرى كما في أطراف المزي (8/11) -، وابن ماجه (1/ 62) وأحمد (1/ 20) والطيالسي (ص -10) والطحاوي في المشكل (3/211) والحاكم (4/175) ، والبيهقي (7/ 105) من طريق داود بن عبد الله الأودي، عن عبد الرحمن المسلي، عن الأشعث بن قيس، عن عمر بن الخطاب، فذكره مرفوعا. ووقع عند ابن ماجه: قال الأشعث: ضفت عمر ليلة، فلما كان في جوف الليل، قام عمر إلى آمراته يضربها، فحجزت بينهما. فلما أوى إلى فراشه قال لي: يا أشعث احفظ عني شيئا سمعته من رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم: لا يسأل الرجل فيم ضرب امرأته، ولا تنم إلا على وتر، ونسيت الثالثة أ. هـ‍ ووقع في رواية الحاكم أن الثالثة: ولا تسأله عمن يعتمد من أخواته ومن لا يعتمدهم قال الحاكم صحيح الإسناد ووافقه الذهبي.
قلت: وهما ذلك، لا سيما الذهبي، فإنه ذكر عبد الرحمن المسلى بضم الميم وسكون السين في الميزان (2/ 602) : لا يعرف إلا حديثه عن الأشعث، عن عمر، تفرد عنه داود بن عبد الله والأودي أ. هـ‍. فكيف يصح إسناده وأيضا ضعفه أبو الفتح الأزدي وقال: فيه نظر. ثم أورد له هذا الحديث. والعجب من الحافظ، إذ يقول فيه مقبول، وكان الأولى أن يقول: مجهول لأنه لم يرو عنه سوى واحد، وقد غمزه الأزدي. وأما الشيخ الحدث العلاقة أبو الأشبال أحمد بن محمد شاكر فاعل الحديث بعلة أخرى، فقال في تخريج المسند (1/ 209) : إسناد ضعيف، داود بن يزيد الأودي: ليس بقوى، يتكلمون فيه. وهذا وهم من الشيخ، نتج عن سبق النظر، فالذي في الإسناد هو: داود بن عبد الله الأودي وهو ثقة والله المستعان تنبيه وقع الإسناد عند الطحاوى هكذا: أبو وضاح بن عبد الله الأزدي . وهو خطأ، نتج عن تصحيف، وصوابه وضاح عن داود بن عبد الله الأودي.

Dha’if. Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh Abu Daud (6/185 – ‘Awn), al-Nasa’ie dalam ‘Ashrah al-Nisa’ daripada al-Kubra sebagaimana dalam Atraf al-Mizzi (8/11) , Ibn Majah (1/62), Ahmad (1/20), al-Tayalisi (hlm 10), al-Tahawi dalam al-Musykil (3/211), al-Hakim (4/175), dan al-Baihaqi (7/105) melalui sanad Daud bin Abd Allah al-Awdi daripada ‘Abdurrahman al-Musla daripada al-Ash’ath Ibn Qais daripada ‘Umar bin al-Khattab, lalu beliau menyebutkan hadith tersebut secara marfu’. Tercatat dalam Ibn Majah: al-Ash’ath berkata: "Suatu malam aku menjadi tetamu ‘Umar, apabila sudah larut malam, ‘Umar pun bangun menuju kearah isteri beliau seraya memukulnya. Aku pun menghalang mereka berdua. Apabila beliau menuju ke tempat tidurnya, ‘Umar berkata kepadaku: Wahai Ash’ath! Hafallah daripadaku suatu hadith yang telah aku dengar daripada Rasulullah SAW: Tidak boleh ditanya kepada seseorang lelaki sebab apa dia memukul isterinya dan jangan kamu tidur melainkan setelah melakukan witir, aku terlupa perkara ketiga". Disebutkan dalam riwayat al-Hakim bahawa perkara yang ketiga adalah: Dan janganlah kamu bertanya kepadanya tentang saudaranya manakah yang boleh dipegang dan yang tidak boleh dipegang. Al-Hakim berkata: Sanadnya sahih dan dipersetujui oleh al-Zahabi.
Saya berkata: Mereka berdua telah terkeliru berkenaan perkara tersebut, terutama al-Zahabi. Beliau telah menyebutkan tentang ”Abdul al-Rahman al-Musla dibaca baris depan huruf mim dan dibaris matikan huruf sin dalam al-Mizan (2/602): Tidak diketahui melainkan dalam hadithnya daripada al-Ash’ath daripada ‘Umar. Daud Ibn Abd Allah al-Awdi telah berseorangan meriwayatkan daripada beliau". Bagaimana beliau boleh menilai sahih sanadnya? Abu al-Fath al-Azdi turut menilai beliau sebagai dha’if dan berkata: Berkenaan beliau ada pertikaian. Kemudian beliau membawakan hadith ini. Yang menjadi peliknya ialah berhubung al-Hafiz apabila beliau berkata tentang ‘Abdul al-Rahman: Maqbul (boleh diterima). Sepatutnya beliau berkata: Majhul, kerana hanya seorang sahaja perawi yang telah meriwayatkan daripadanya, tambahan pula al-Azdi turut mengkritiknya.
Al-Syeikh al-Muhaddith al-‘Allamah Abu al-Ashbal Ahmad bin Muhammad Shakir telah mengemukakan ‘illah yang lain terhadap hadith tersebut. Beliau berkata dalam takhrij kepada al-Musnad (1/209): Sanadnya dha’if”, Daud bin Yazid al-Awdi: Seorang yang tidak kuat, ulama hadith berbahas tentang beliau". Ini adalah suatu kekeliruan daripada al-Syeikh disebabkan tersilap dalam memerhatikan. Perawi dalam sanad tersebut adalah Daud bin Abd Allah al-Awdi, beliau seorang yang Thiqah (boleh dipercayai).Wallahulmusta’an.
Peringatan: Dalam sanad bagi al-Tahawi disebutkan begini: Abu ‘Awanah Wadhdhah bin Abd Allah al-Azdi. Ianya satu kesilapan yang berpunca daripada kesilapan ejaan. Sebetulnya: Wadhdhah daripada Daud bin Abd Allah al-Awdi.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.