Sebaik-baik kamu pada dua ratus tahun ini

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

خيركم في المائتين كل خفيف الحاذ. قالوا: يا رسول الله وما الخفيف الحاذ قال: الذي لا أهل له ولا ولد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sebaik-baik kamu pada dua ratus tahun ini adalah semua yang ringan haaznya. Mereka pun bertanya: Apakah yang dimaksudkan ringan al-Haaz wahai Rasulullah?. Baginda menjawab: Iaitu orang yang tidak mempunyai keluarga dan tidak mempunyai anak.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 33, hadis nombor 10. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

منكر.
أخرجه العقيلي في الضعفاء (69/ 2) وابن عدي في الكامل (3/ 1037) وابن المقرى في معجمه (721) والخطابي في العزلة (ص – 36) والخطيب في التاريخ. (1) (6/ 197- 198، 11/ 225) وفي الجامع (ق 8/ 1) وابن الجوزي في الواهيات (2/ 635) من طريق رواد بن الجراح. عن سفيان الثوري عن ربعي بن حراش عن حذيفة مرفوعاً به.
قلت: وسنده ضعيف وآفته رواد بن الجراح قال البخاري: كان قد اختلط، لا يكاد يقوم حديثه ليس له كثير حديث قائم. وقال الساجي: يتفرد بحديث ضعفه الحفاظ فيه وخطأوه وهو: خيركم بعد المائتين. وقال ابن أبي حاتم في العلل (2/ 132) عن أبيه: حديث باطل. وقال في موضع آخر (2/ 420) : حديث منكر. وحكى الذهبي في الميزا ن عن أبي حاتم قال:
منكر لا يشبه حديث الثقات. وإنما كان بدو هذا الخبر فيما ذكر لي أن رجلاً جاء إلى رواد فذكر له هذا الحديث واستحسنه وكتبه، ثم بعد حدث به يحسبه من سماعه وله شاهد، وهو الحديث الذي بعده.

Munkar. Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh al-‘Uqaili dalam al-Dhu’afa’ (2/69), Ibn ‘Adi dalam al-Kamil (3/1037), Ibn al-Muqri’ dalam Mu’jam beliau (721), al-Khattabi dalam al-‘Uzlah (hlm 36), al-Khatib dalam al-Tarikh (6/197-198, 11/225) dan dalam al-Jami’ (hlm. 8/1), Ibn al-Jawzi dalam al-Wahiyat (2/635) melalui sanad Rawwad bin al-Jarrah daripada Sufyan al-Thauri daripada Rib’ie bin Hirash daripada Huzaifah secara marfu’ dan seterusnya.
Saya berkata: Sanadnya dha’if, puncanya adalah Rawwad bin al-Jarrah. Al-Bukhari berkata: Beliau telah mengalami kecelaruan fikiran, hadithnya hampir-hampir tidak teguh, beliau tidak banyak mempunyai hadith-hadith yang kukuh. Al-Sakhawi berkata: Beliau bersendirian meriwayatkan hadith yang dinilai dha’if oleh para huffaz dan meletakkan kesalahan pada beliau, iaitu hadith: Sebaik-baik kamu pada dua ratus tahu. Ibn Abi Hatim menyebutkan dalam al-‘Ilal (2/132) daripada ayah beliau: Hadith yang Batil, ditempat lain (2/420) beliau berkata: Hadith yang Munkar. Al-Zahabi dalam al-Mizan menukilkan daripada Abi Hatim, kata beliau: Munkar, tidak mirip dengan hadith perawi-perawi Thiqah. Khabar ini muncul ketika disebutkan kepadaku bahawa seseorang telah datang kepada Rawwad, dan lelaki itu menyebutkan kepada Rawwad hadith ini. Rawwad pun berpandangan baik terhadap hadith ini seraya menulisnya. Setelah itu, beliau pun meriwayatkan hadith ini kerana menyangka ia termasuk hadith-hadith yang didengarinya (melalui periwayat). Hadith ini ada Syahid (sokongan), iaitu hadith selepas ini.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.