Wahai saudaraku! Sertakanlah kami dalam doamu dan jangan lupakan kami

TEKS BAHASA ARAB

يا أخي ‍أشركنا في دعائك ولا تنسنا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai saudaraku! Sertakanlah kami dalam doamu dan jangan lupakan kami.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 21, hadis nombor 130. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ضعيف.
أخرجه الترمذي (3562) وابن ماجه (2894) وأحمد (2/59) من طريق سفيان الثوري، عن عاصم بن عبيد الله عن سالم عن أبيه عن عمر بن الخطاب أنه استأذن النبي صلى الله عليه وآله وسلم في العمرة، فقال: يا أخي. الحديث. وقد رواه عن سفيان هكذا جماعة منهم: وكيع بن الجراح وعبد الرزاق وتابعه شعبة بن الحجاج، عن عاصم به.أخرجه أبو داود (1498) وأحمد (1/29) وابن السني في اليوم والليلة (387) والبيهقي (5/251). وقد رواه عن شعبة هكذا جماعة منهم: سليمان بن حرب ومحمد بن جعفر وأبو الوليد الطيالسي وحجاج بن منهال وعمرو بن مرزوق. وقد روى عن سفيان وشعبة من وجوه أخرى عن عبد الله بن عمر أن عمر استأذن…الخ . فصار الحديث في مسند ابن عمر بدلاً من مسند عمر.
أخرجه ابن حبان في المجروحين (2/ 128) والبيهقي (5/ 251) والخطيب في التاريخ (11/ 396- 397) من طريق سفيان عن عاصم بن عبيد الله، عن سالم عن أبيه قال: استأذن عمر النبي صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم العمرة…الحديث.
وقد رواه عن سفيان محمد بن يوسف الفرياني، وقبيصة وقاسم بن يزيد.وأخرجه ابن السمعاني في أدب الإملاء (ص – 36) من طريق عبد الرحمن بن مهدي عن شعبة عن عاصم بسنده سواء فوافقهم في جعله من مسند ابن عمر.
قلت: ويحتمل أن يكون هذا من ابن عمر رضي الله عنهما، ويرويه عن نفسه على سبيل الحكاية، ويذكره عن أبيه على سبيل الرواية ونظائر هذا كثيرة. لكن علة الحديث هي عاصم بن عبيد الله.فقد ضعفه أحمد وابن معين ويعقوب بن شيبة. وقال البخاري وأبو حاتم: منكر الحديث. وزاد أبو حاتم: مضطرب الحديث ليس له حديث يعتمد عليه. وقال النسائي: لا نعلم مالكاً روى عن إنسان مشهور بالضعف إلا عاصم بن عبيد الله.
فالغريب أن يقول الترمذي رحمه الله : حديث حسن صحيح. وقد روى بإسناد آخر إلى ابن عمر ظاهره الجودة. فأخرجه الخطيب (11/ 396) من طريق أبي عمر محمد بن العباس بن حيويه، حدثنا أبو عبيدة علي بن الحسين بن حرب القاضي حدثنا الحسن بن محمد بن الصباح الزعفراني حدثنا أسباط عن سفيان الثوري عن عبيد الله عن نافع عن ابن عمر قال: أستأذن عمر…الحديث.
قال الأزهري: لم نكتبه من طريق الثوري عن عبيد الله بن عمر إلا عن أبي عمر. وقال البرقاني: قيل هذا لا يتابع عليه أبو عبيد وإنما الصحيح ما حدث به الزعفراني عن شبابة عن شعبة عن عاصم بن عبيد الله عن سالم عن ابن عمر عن عمر.
قلت: العهدة عندي ليست على هذين وإنما على أسباط بن محمد لأن الجماعة رووه عن الثوري عن عاصم بن عبيد الله عن سالم عن ابن عمر. وروايتهم أولى بغير شك، هذا إذا كان ثقة لا أشكال فيه، فكيف وفي روايته عن الثوري ضعف كما صرح بذلك الحافظ في التقريب. وقد قال ابن معين: ليس به بأس وكان يخطئ عن سفيان. فرجع الحديث إلى رواية عاصم بن عبيد الله، وقد تقدم الكلام فيه. والله أعلم.

Dha’if. Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh al-Tirmizi (3562), Ibn Majah 92894), dan Ahmad (2/59) melalui sanad Sufyan al-Thawri daripada ‘Asim bin ‘Ubaidillah daripada Salim daripada ayahnya daripada ‘Umar bin al-Khattab bahawa pernah meminta izin kepada Nabi SAW untuk melakukan umrahh. Lalu Baginda SAW bersabda: "Wahai saudaraku…". Hadith tersebut turut telah diriwayatkan sedemikian daripada Sufyan oleh sekumpulan perawi, antaranya Waki” bin al-Jarrrah dan ‘Abd al-Razzaq. Sufyan telah disokong oleh Syu’bah bin all-Hajjaj daripada ‘Asim dengan sanad beliau. Ianya telah dikeluarkan oleh Abu Daud (14980, Ahmad (1/129), Ibn al-Sunni dalam al-Yawm Wa al-Lailah (387) dan al-Baihaqi (5/251). Hadith tersebut juga telah diriwayatkan daripada Syu’bah oleh sekumpulan perawi, antaranya Sulayman bin Harb, Muhammad bin Ja’far, Abu al-Walid al-Tayalisi, Hajjaj bin Minhal dan ‘Amr bin Marzuq.
Selain itu, hadith tersebut turut diriwayatkan daripada Sufyan dan Syu’bah melalui sanad yang lain daripada Abd Allah bin ‘Umar, bahawa ‘Umar telah meminta izin…. . Maka hadith ini berada pada Musnad Ibn ‘Umar sebagai ganti Musnad ‘Umar. Ianya telah dikkeluarkan oleh Ibn Hibban dalam al-Majruhin (2/128), al-Baihaaqi (5/251) dan al-Khatib dalam al-Tarikh (11/396-397) melalui sanad Sufyan daripada ‘Asim bin ‘Ubaidillah daaripada Salim daripada ayahnya, katanya: “’Umar telah meminta izin kepada Nabi SAW untuk mengerjakan umrah… .”. Hadith tersebut turut diriwayatkan daripada Sufyan oleh Muhammad bin Yusuf al-Firyabi, Qabisah dan Qasim bin Yazid. Ianya telah dikeluarkan juga oleh Ibn al-Sam’ani dalam Adab al-Imla’ (hlm 36) melalui sanad ‘Abd al-Rahman bin Mahdi daripada Syu’bah daripada ‘Asim dengan sanad yang sama. Beliau juga seperti mereka dengan menjadikan hadith tersebut melalui Musnad Ibn ‘Umar.
Saya berkata: Berkemungkinan hadith ini daripadakan melalui Ibn ‘Umar RA, beliau meriwayatkannya daripada dirinya sendiri dalam bentuk penceritaan. Beliau juga menyebutkan hadith ini daripaa ayahnya dalam bentuk periwayatan. Teori-teori seperti ini banyak. Namun, kecacatan hadith tersebut adalah pada ‘Asim bin ‘Ubaidillah. Ahmad, Ibn Ma’in, dan Ya’qub bin Shaybah telah menilai beliau sebagai dha’if. Al-Bukhari dan Abu Hatim berkata: "Munkar al-Hadith".
Abu Hatim menambah: "Beliau seorang Mudhtarib al-hHadith, beliau tidak mempunyai hadith yang boleh dipegang". Al-Nasa’ei berkata: "Kami tidak mengetahui bahawa Malik meriwayatkan daripada seseorang yang terkenal sebagai dha’if selain ‘Asim bin ‘Ubaidillah".
Apa yang agak peliknya ialah, al-Tirmizi r.h berkata: "Hadith hasan sahih". Hadith tersebut telah diriwayatkan dengan sanad lain hingga kepada Ibn ‘Umar, zahir sanadnya bagus. Al-Khatib (11/396) telah mengeluarkannya melalui sanad Abu ‘Umar Muhammad bin al-‘Abbas bin Hayyawaih, katanya, “Abu ‘Ubaidah ‘Ali bin al-Husain bin Harb al-Qadhi telah menceritakan kepada kami, katanya al-Hasan bin Muhammad bin al-Sabbah al-Za’farani telah menceritakan kepada kami, katanya Asbat telah menceritakan kepada kami daripada Sufyan al-Thawri daripada ‘Ubaidillah daripada Nafi’ daripada Ibn ‘Umar, kata beliau: ‘Umar telah meminta izin……” .
Al-Azhari juga berkata: "Kami tidak menulisnya melalui sanad al-Thawri daripada ‘Ubaid Allah bin ‘Umar kecuali daripada Abi ‘Umar". Al-Burqani berkata: "Dikatakan Abu ‘Ubaid tidak ada sokongan terhadapnya. Sebetulnya adalah hadith yang diceritakan oleh al-Za’farani daripada Shababah daripada Syu’bah daripada ‘Asim bin ‘Ubaid Allah daripada Salim daripada Ibn ‘Umar daripada ‘Umar".
Saya berkata: Punca tersebut bagi saya bukan pada mereka berdua, tapi pada Asbat bin Muhammad. Kerana sekumpulan perawi telah meriwayatkannya daripada al-Thawri daripada ‘Asim bin ‘Ubaidillah daripada Salim daripada Ibn ‘Umar. Tanpa syak lagi bahawa riwayat mereka lebih utama. Beliau jika seorang yang thiqah, maka tidak ada masalah. Bagaimanapun, riwayat beliau daripada al-Thawri terdapat kelemahan sebagaimana yang telah disebutkan secara jelas oleh al-Hafiz dalam al-Taqrib. Ibn Ma’in berkata: "Beliau tidak ada masalah, Cuma beliau selalu tersilap dalam riwayat daripada Sufyan". Maka, hadith tersebut kembali kepada riwayat ‘Asim bin ‘Ubaidillah. Telah disebutkan perbahasan tentangnya sebentar tadi. Wallahua’lam.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs