Sesungguhnya seorang yang beriman apabila ditarik nyawanya, dia akan disambut oleh kalangan orang yang diberi rahmat

TEKS BAHASA ARAB

إن نفس المؤمن إذا قبضت تلقاها من أهل الرحمة من عباده كما يتلقون البشير من الدنيا، فيقولون: أنظروا صاحبكم يستريح، فإنه قد كان في كرب شديد، ثم يسألونه ماذا فعل فلان؟ وما فعلت فلانة هل تزوجت؟ فإذا سألوه عن الرجل قد مات قبل فيقول: أيهات قد مات ذلك قبلي! فيقولون: إنا لله وإنا إليه راجعون، ذهب به إلى أمه الهاوية، فبئست الأم وبئست المربية. وقال: وإن أعمالكم تعرض على أقاربكم وعشائركم من أهل الآخرة، فإن كان خيرا فرحوا واستبشروا، وقالوا: اللهم هذا فضلك ورحمتك، وأتمم نعمتك عليه وأمته عليها، ويعرض عليهم عمل المسيء فيقولون: اللهم ألهمه عملا صالحا ترضى به عنه وتقربه إليك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya seorang yang beriman apabila ditarik nyawanya, dia akan disambut oleh kalangan orang yang diberi rahmat sebagaimana mereka menyambut pembawa berita gembira di dunia. Lalu mereka berkata: Biarkanlah sahabatmu berehat, kerana sesungguhnya dahulu dia dalam keadaan yang sangat susah, kemudian mereka bertanya kepadanya apa yang si fulan itu lakukan? Dan apakah yang Fulanah itu lakukan, adakah ia berkahwin? Dan jika mereka bertanya mengenai seorang lelaki yang telah mati sebelumnya maka dia akan kata: "Jauh sekali kerana dia telah mati sebelumku." Lalu mereka berkata: "Sesungguhnya kita milik Allah dan kepadaNya kita akan dikembalikan. Dia telah dibawa kepada ibunya iaitu neraka Hawiyah. Dia adalah seburuk-buruk ibu dan seburuk-buruk penjaga." Baginda bersabda lagi: ((Sesungguhnya amalan kamu ditunjukkan kepada keluarga kamu dan orang yang terdekat dengan kamu daripada ahli akhirat (orang yang telah mati), jika ia baik maka mereka akan bergembira dan berkata: Ya Allah inilah kelebihan-Mu dan rahmat-Mu, kau sempurnakanlah nikmat-Mu ke atasnya dan matikanlah dia atas nikmat-Mu. Jika ditunjukkan kepada mereka amalan yang tidak baik maka mereka akan berkata: Ya Allah berilah ia ilham dengan amalan yang soleh yang Engkau redhainya dan mendekatkannya kepada Engkau.))

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1719, hadis nombor 8644. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي أيوب الأنصاري -رضي الله عنه- مرفوعا: ((إن نفس المؤمن إذا قبضت تلقاها من أهل الرحمة من عباده كما يتلقون البشير من الدنيا، فيقولون: أنظروا صاحبكم يستريح، فإنه قد كان في كرب شديد، ثم يسألونه ماذا فعل فلان؟ وما فعلت فلانة هل تزوجت؟ فإذا سألوه عن الرجل قد مات قبل فيقول: أيهات قد مات ذلك قبلي! فيقولون: إنا لله وإنا إليه راجعون، ذهب به إلى أمه الهاوية، فبئست الأم وبئست المربية. وقال: وإن أعمالكم تعرض على أقاربكم وعشائركم من أهل الآخرة، فإن كان خيرا فرحوا واستبشروا، وقالوا: اللهم هذا فضلك ورحمتك، وأتمم نعمتك عليه وأمته عليها، ويعرض عليهم عمل المسيء فيقولون: اللهم ألهمه عملا صالحا ترضى به عنه وتقربه إليك.)) [طب، طس، عبد الغني المقدسي في ((السنن)، ((الضعيفة))(864)].

[Sangat Lemah] Daripada Abi Ayyub al-Ansari RA, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Sesungguhnya seorang yang beriman apabila ditarik nyawanya, dia akan disambut oleh kalangan orang yang diberi rahmat sebagaimana mereka menyambut pembawa berita gembira di dunia. Lalu mereka berkata: Biarkanlah sahabatmu berehat, kerana sesungguhnya dahulu dia dalam keadaan yang sangat susah, kemudian mereka bertanya kepadanya apa yang si fulan itu lakukan? Dan apakah yang Fulanah itu lakukan, adakah ia berkahwin? Dan jika mereka bertanya mengenai seorang lelaki yang telah mati sebelumnya maka dia akan kata: "Jauh sekali kerana dia telah mati sebelumku." Lalu mereka berkata: "Sesungguhnya kita milik Allah dan kepadaNya kita akan dikembalikan. Dia telah dibawa kepada ibunya iaitu neraka Hawiyah. Dia adalah seburuk-buruk ibu dan seburuk-buruk penjaga." Baginda bersabda lagi: ((Sesungguhnya amalan kamu ditunjukkan kepada keluarga kamu dan orang yang terdekat dengan kamu daripada ahli akhirat (orang yang telah mati), jika ia baik maka mereka akan bergembira dan berkata: Ya Allah inilah kelebihan-Mu dan rahmat-Mu, kau sempurnakanlah nikmat-Mu ke atasnya dan matikanlah dia atas nikmat-Mu. Jika ditunjukkan kepada mereka amalan yang tidak baik maka mereka akan berkata: Ya Allah berilah ia ilham dengan amalan yang soleh yang Engkau redhainya dan mendekatkannya kepada Engkau.))
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Kabir, al-Tabarani dalam al-Awsat dan Abd al-Ghani al-Maqdisi dalam al-Sunan].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.