Apabila seseorang hakim memutuskan hukuman hasil ijtihadnya, lalu ijtihad tersebut betul

TEKS BAHASA ARAB

إذا قضى القاضي فاجتهد فأصاب فله عشرة أجور وإذا اجتهد فأخطأ كان له أجر أو أجران.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila seseorang hakim memutuskan hukuman hasil ijtihadnya, lalu ijtihad tersebut betul, maka dia memperolehi sepuluh pahala. Namun, sekiranya dia sudah berijtihad lalu tersilap, maka dia hanya mendapat satu atau dua pahala sahaja.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 25, hadis nombor 134. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

منكر.
أخرجه أحمد (2/ 187) حدثنا حسن ثنا ابن لهيعة ثنا الحارث بن يزيد عن سلمة بن أكسوم قال سمعت ابن حجيرة يسأل القاسم بن البرجي : كيف سمعت عبد الله بن عمرو بن العاص يخبر؟ قال: سمعته يقول: إن خصمين اختصما إلى عمرو بن العاص، فقضى بينهما، فسخط المقضي عليه. فأتى رسول الله صلى الله عليه وسلم فأخبره، فقال: إذا قضى القاضي…الخ.
قال الحافظ الهيثمي (4/ 195) : رواه أحمد والطبراني في الأوسط وفيه سلمة بن أكسوم ولم أجد من ترجمه بعلم.
قلت: وسلمة بن أكسوم قال الحسيني: مجهول. فقال الحافظ في التعجيل (394) : لم يذكر فيه جرحاً لأحد. فهل يذكر فيه تعديلاً أيضاً؟ وابن لهيعة فيه مقال وقد اختلف عليه في إسناده.
فأخرجه الدارقطني (4/ 203) من طريق معاوية بن يحيى عن ابن لهيعة عن أبي المصعب المعافري عن محرر بن أبي هريرة عن أبي هريرة مرفوعاً فذكر الرفوع منه، ولكن عنده: وإذا قضى فاجتهد فأخطأ كان له أجران بغير شك.
قلت: وسنده ضعيف لاضطراب ابن لهيعة فيه. وهذا من سوء حفظه. وأما نكارة الحديث فلأن الثابت عن النبي صلى الله عليه وآله وسلم أنه قال: إذا حكم الحاكم فاجتهد، فأصاب، فله أجران 0 وإذا حكم فاجتهد ثم أخطأ فله أجر واحد.
أخرجه البخاري (13/ 318- فتح) ومسلم (1716) وأبو عوانة (4/ 12، 13) وأبو داود (3574) والنسائي في القضاء من الكبرى كما في أطراف المزي (8/ 158) وابن ماجه (2314) وأحمد (4/ 198، 204) والطيالسي (1451- منحة) والشافعي في مسنده (ج2/ رقم 621، 622) وابن حبان (ج 7/ رقم 5039) والطحاوي في المشكل (1/ 326) والدارقطني (4/ 210- 211) والبيهقي (10/ 118- 119) والخطيب في التلخيص (169، 446/ 1) والبغوي في شرح السنة (10/ 115) من طريق أبي قيس مولى عمرو بن العاص عن عمرو بن العاص فذكره مرفوعاً. فهذا هو اللفظ المحفوظ، وما عداه فلا يعول عليه. والله أعلم.

Munkar. Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh Ahmad (2/187), katanya Hasan telah menceritakan kepada kami, katanya Ibn Lahi’ah telah menceritakan kepada kami, katanya al-Harith bin Yazid telah menceritakan kepada kami daripada Salamah bin Uksum, katanya: Aku telah mendengar Ibn Hujairah bertanya al-Qasim bin al-Burji: ‘Bagaimana kamu mendengar Abd Allah bin ‘Amr bin al-‘As menceritakan?’, jawab beliau: ‘Aku mendengar beliau berkata: ‘Sesungguhnya dua orang yang bergaduh telah membawa ke kepada ‘Amr bin al-‘As, lalu beliau pun memutuskan hukuman terhadap mereka berdua. Orang yang diputuskan bersalah pun marah lalu datang menemui Rasulullah SAW, Baginda SAW pun bersabda: "Apabila seseorang qadhi memutuskan hukuman…..". Al-Hafiz al-Haythami (4/195) berkata: "Hadith tersebut telah diriwayatkan oleh Ahmad dan al-Tabarani dalam al-Awsat. Dalam sanadnya terdapat Salamah bin Uksum. Saya tidak menemui maklumat biografi beliau".
Saya berkata: Berkenaan Salamah bin Uksum, al-Husaini berkata: "Majhul". Al-Hafiz berkata dalam al-Ta’jil (394): "Tidak ada sesiapapun menyebutkan kritikan terhadap beliau". Adakah tidak disebutkan juga pujian terhadap beliau? Manakala, Ibn Lahi’ah terdapat pertikaian terhadap beliau. Juga berlaku perbezaan riwayat terhadap Ibn Lahi’ah dalam sanadnya. Al-Daraqutni (4/203) telah mengeluarkannya daripada sanad Mu’awiyah bin Yahya daripada Ibn Lahi’ah daripada Abu al-Mus’ab al-Mu’afiri daripada Muharrar bin Abi Hurairah daripada Abu Hurairah secara marfu’, beliau lalu menyebutkan hadith tersebut secara marfu’, namun dalam riwayat beliau: "….dan apabila qadhi memutuskan hasil ijtihadnya, lalu dia tersilap, maka dia mendapat dua pahala". Tanpa syak.
Saya berkata: Sanadnya dha’if kerana Ibn Lahi’ah tidak tetap dalam menyebutkan sanadnya, ini terjadi disebabkan hafalannya yang buruk. Adapun hadith tersebut munkar kerana yang thabit daripada Nabi SAW bahawa Baginda SAW bersabda: "Apabila seseorang hakim membuat suatu keputusan hasil ijtihadnya, lalu ijtihadnya tepat, maka dia memperolehi dua pahala. Namun, sekiranya dia memutuskan hukuman hasil ijtihadnya kemudian dia tersilap, maka dia hanya mendapat satu pahala".
Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh al-Bukhari (13/318 – Fath), Muslim (1716), Abu ‘Awanah (4/12, 13), Abu Daud (3574), al-Nasa’ei dalam al-Qadha’ Min al-Kubra – sebagaimana dalam Atraf al-Mizzi (8/158) -, Ibn Majah (2314), Ahmad (4/198, 204), al-Tayalisi (1415 – Minhah), al-Shafi’ei dalam Musnad beliau (juz 2/hadith : 621, 622), Ibn Hibban (juz 7/hadirh : 5039), al-Tahawi dalam al-Mushkil (1/326), al-Daraqutni (4/210-211), al-Baihaqi (10/118-119), al-Khatib dalam al-Talkhis (1/169, 446), dan al-Baghawi dalam Syarh al-Sunnah (10/115) melalui sanad Abu Qais mawla ‘Amr bin al-‘As daripada ‘Amr bin al-‘As, lalu beliau pun menyebutkan hadith itu secara marfu’. Inilah lafaz yang mahfuz, lafaz selain itu tidak boleh dipertanggungjawabkan. Wallahua’lam.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.