TEKS BAHASA ARAB
إن الله لا يقبل من الصقور يوم القيامة صرفا ولا عدلا، قلنا: يا رسول الله! وما الصقور؟ قال: الذي يدخل على أهله الرجال.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya Allah tidak akan menerima keampunan dan amalan daripada al-Saqur pada hari kiamat. Kami bertanya: Wahai Rasulullah! Apakah itu al-Saqur? Baginda menjawab: Lelaki yang membawa masuk lelaki-lelaki lain kepada isterinya.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1375, hadis nombor 7004. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن مالك بن أخامر (أخيمر) رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إن الله لا يقبل من الصقور يوم القيامة صرفا ولا عدلا، قلنا: يا رسول الله! وما الصقور؟ قال: الذي يدخل على أهله الرجال.
[تخ، البزار، طب، هب، ((الضعيفة)) (6050)]
(Lemah)
Daripada Malik bin Akhamir (Ukhaimir) RA, katanya: Rasulullah SAW pernah bersabda: Sesungguhnya Allah tidak akan menerima keampunan dan amalan daripada al-Saqur pada hari kiamat. Kami bertanya: Wahai Rasulullah! Apakah itu al-Saqur? Baginda menjawab: Lelaki yang membawa masuk lelaki-lelaki lain kepada isterinya.
[Riwayat al-Bukhari dalam al-Tarikh, al-Bazzar, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6050]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.