Umat Rasulullah SAW akan terkena fitnah (bencana) selepas kewafatan baginda dalam tempoh yang tidak lama

TEKS BAHASA ARAB

إنا لله وإنا إليه راجعون، أتاني جبريل آنفا فقال: إنا لله، وإنا إليه راجعون، فقلت: إنا لله، وإنا إليه راجعون؛ مم ذاك يا جبريل؟ فقال: إن أمتك مفتنة بعدك بقليل من الدهر غير كثير، فقلت: فتنة كفر، أو فتنة ضلالة؟ قال: كل سيكون، فقلت: من أين ذاك وأنا تارك فيهم كتاب الله عز وجل؟! قال: بكتاب الله عز وجل يضلون، فأول ذلك من أمرائهم وقرائهم؛ تمنع الأمراء الحقوق، ويسأل الناس حقوقهم فلا يعطوها ؛ فيفتتنوا (الأصل: فيفشوا) ويقتتلوا، ويتبع القراء أهواء الأمراء فيمدونهم في الغي ثم لا يقصرون. فقلت: يا جبريل! فيم يسلم (الأصل: يسأل!) من سلم منهم؟ قال: بالكف والصبر؛ وإن أعطوا الذي لهم؛ أخذوه، وإن منعوا؛ تركوه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nyalah kita akan kembali. Jibril telah datang menemuiku sebentar tadi, lalu Jibril berkata: Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nyalah kita akan kembali. Aku pun berkata: Benar, sesungguhnya kita milik Allah dan kepadaNyalah kita akan kembali; Untuk apa wahai Jibril? Jibril menjawab: Sesungguhnya umatmu akan terkena fitnah (bencana) selepas kewafatanmu dalam tempoh yang tidak lama. Aku pun bertanya: Fitnah (bencana) kekufuran atau fitnah (bencana) kesesatan? Jibril menjawab: Semua akan berlaku. Aku berkata: Daripada mana ia berpunca sedangkan aku telah tinggalkan kepada mereka kitab Allah ‘azza wa jalla? Jibril menjawab: Dengan Kitab Allah ‘azza wa jalla mereka boleh tersesat. Pertama sekali ia berlaku berpunca daripada para pemerintah dan para qari (pembaca al-Qur’an) mereka. Para pemimpin tidak memberikan hak-hak sedangkan manusia pula meminta hak-hak mereka tapi mereka tidak diberikan. Mereka pun menimbulkan fitnah (bencana) dan melakukan pembunuhan. Para qari pula menurut kehendak para pemimpin, lalu para penguasa menjerumuskan mereka ke dalam kesesatan, kemudian mereka tidak tersinggung. Aku pun bertanya: Wahai Jibril! Pada perkara apakah orang yang selamat daripada mereka itu terselamat? Jibril menjawab: Dengan menahan diri dan bersabar, jika mereka diberikan sesuatu yang menjadi hak mereka, maka mereka mengambilnya dan jika tidak diberikan, mereka meninggalkannya.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1376, hadis nombor 7005. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جداً)
عن عمر بن الخطاب رضي الله عنه، قال: أخذ رسول الله صلى الله عليه وسلم بلحيتي – وأنا أعرف الحزن في وجهه – فقال: إنا لله وإنا إليه راجعون، أتاني جبريل آنفا فقال: إنا لله، وإنا إليه راجعون، فقلت: إنا لله، وإنا إليه راجعون؛ مم ذاك يا جبريل؟ فقال: إن أمتك مفتنة بعدك بقليل من الدهر غير كثير، فقلت: فتنة كفر، أو فتنة ضلالة؟ قال: كل سيكون، فقلت: من أين ذاك وأنا تارك فيهم كتاب الله عز وجل؟! قال: بكتاب الله عز وجل يضلون، فأول ذلك من أمرائهم وقرائهم؛ تمنع الأمراء الحقوق، ويسأل الناس حقوقهم فلا يعطوها ؛ فيفتتنوا (الأصل: فيفشوا) ويقتتلوا، ويتبع القراء أهواء الأمراء فيمدونهم في الغي ثم لا يقصرون. فقلت: يا جبريل! فيم يسلم (الأصل: يسأل!) من سلم منهم؟ قال: بالكف والصبر؛ وإن أعطوا الذي لهم؛ أخذوه، وإن منعوا؛ تركوه.
[ابن أبي عاصم، الفسوي، ابن الجوزي في ((العلل))، ((الضعيفة)) (6381)]

(Sangat lemah)
Daripada ‘Umar bin al-Khattab RA, katanya: Rasulullah SAW memegang janggutku (beginilah dan kemungkinan yang betul ialah janggut baginda) – ketika itu aku melihat kesedihan pada wajah baginda – lalu baginda bersabda: Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nyalah kita akan kembali. Jibril telah datang menemuiku sebentar tadi, lalu Jibril berkata: Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nyalah kita akan kembali. Aku pun berkata: Benar, sesungguhnya kita milik Allah dan kepadaNyalah kita akan kembali; Untuk apa wahai Jibril? Jibril menjawab: Sesungguhnya umatmu akan terkena fitnah (bencana) selepas kewafatanmu dalam tempoh yang tidak lama. Aku pun bertanya: Fitnah (bencana) kekufuran atau fitnah (bencana) kesesatan? Jibril menjawab: Semua akan berlaku. Aku berkata: Daripada mana ia berpunca sedangkan aku telah tinggalkan kepada mereka kitab Allah ‘azza wa jalla? Jibril menjawab: Dengan Kitab Allah ‘azza wa jalla mereka boleh tersesat. Pertama sekali ia berlaku berpunca daripada para pemerintah dan para qari (pembaca al-Qur’an) mereka. Para pemimpin tidak memberikan hak-hak sedangkan manusia pula meminta hak-hak mereka tapi mereka tidak diberikan. Mereka pun menimbulkan fitnah (bencana) dan melakukan pembunuhan. Para qari pula menurut kehendak para pemimpin, lalu para penguasa menjerumuskan mereka ke dalam kesesatan, kemudian mereka tidak tersinggung. Aku pun bertanya: Wahai Jibril! Pada perkara apakah orang yang selamat daripada mereka itu terselamat? Jibril menjawab: Dengan menahan diri dan bersabar, jika mereka diberikan sesuatu yang menjadi hak mereka, maka mereka mengambilnya dan jika tidak diberikan, mereka meninggalkannya.
[Riwayat Ibn Abi ‘Asim, al-Fasawi dan Ibn al-Jawzi dalam al-‘Ilal. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6381]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs