Aku memerangi orang yang memerangi kamu dan selamatkan orang yang selamatkan kamu

TEKS BAHASA ARAB

أنا حرب لمن حاربكم، وسلم لمن سالمكم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku memerangi orang yang memerangi kamu dan selamatkan orang yang selamatkan kamu (‘Ali, Fatimah, al-Hasan dan al-Husain).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1375, hadis nombor 7002. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن زيد بن أرقم رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لعلي وفاطمة والحسن والحسين: أنا حرب لمن حاربكم، وسلم لمن سالمكم.
[ت، هـ، حب، ك، ش، طب، طص، ((الضعيفة)) (6028)]

(Lemah)
Daripada Zaid bin Arqam RA, bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda kepada ‘Ali, Fatimah, al-Hasan dan al-Husain: Aku memerangi orang yang memerangi kamu dan selamatkan orang yang selamatkan kamu (‘Ali, Fatimah, al-Hasan dan al-Husain).
[Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, Ibn Hibban, Ibn Abi Shaibah dalam al-Musannaf, al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir dan al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Saghir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6028]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.