Wahai orang yang rendah

TEKS BAHASA ARAB

حزقة حزقة ترق عين بقة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai orang yang rendah! Wahai orang yang rendah! Naiklah, wahai si mata kecil.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 114, hadis nombor 99. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ضعيف.
أخرجه البخاري في الأدب المفرد (270) مختصراً وعبد الله بن أحمد في الزوائد على فضائل الصحابة (787/ 2) والطبراني في الكبير (3/ 42، 43) وابن السني في اليوم والليلة (423) والحاكم في علوم الحديث (89) والرامهرمزي في أمثال الحديث (ص – 132) من طريق معاوية بن أبي مزرد حدثني أبي عن أبي هريرة قال: أخذ رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم بيد الحسن ثم وضع قدميه وقال فذكره.قلت: وسنده ضعيف. وأبو مزرد مجهول الحال. قال الحاكم: سألت بعض الأدباء عن معنى هذا الحديث فقالوا لي: إن الحزقة هو المقارب الخُطى والقصير الذي يقرب خُطاه. وعين يقة: أشار إلى البقة التي تطير ولا شيء أصغر من عينها لصغرها. وأخبرني بعض الأدباء أن النبي صلى الله عليه وآله وسلم أراد بالبقة: فاطمة. فقال للحسن: يا قرة عين بقة، ترق.

Dha’if (Lemah). Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad (270) secara ringkas, Abd Allah bin Ahmad dalam al-Zawaid ‘Ala Fadhail al-Sahabah (2/787), al-Tabarani dalam al-Kabir (3/42,43), Ibn al-Sunni dalam al-Yaum Wa al-Lailah (423), al-Hakim dalam ‘Ulum al-Hadith (89) dan al-Ramaharmuzi dalam Amthal al-Hadith (hlm 132) melalui sanad Mu’awiyah bin Abi Muzarrid, katanya ayah saya telah menceritakan kepada saya daripada Abu Hurairah, katanya: Rasulullah SAW memegang tangan al-Hasan, kemudian meletakkan kedua kakinya atas kedua kaki Baginda SAW, seraya Baginda SAW bersabda. Lalu beliau pun menyebutkan hadith itu.
Saya berkata: Sanadnya dha’if, Abu Muzarrid seorang yang majhul al-hal (Tidak diketahui Statusnya). Al-Hakim berkata: Saya pernah bertanya sebahagian ahli sastera tentang makna hadith ini, lalu mereka berkata kepada saya: Sesungguhnya الحزقة adalah orang yang hampir langkahnya, orang rendah yang pendek langkahnya, manakala عين بقة pula dia isyaratkan kepada pepijat yang sedang terbang, tidak ada yang lebih kecil berbanding mata pepijat kerana saiz pepijat yang kecil. Sebahagian ahli sastera juga memberitahu saya bahawa Nabi SAW maksudkan dengan البقة adalah Fatimah, kerana itu Baginda SAW berkata kepada al-Hasan: Wahai penyejuk mata Baqqah. Naiklah.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.