TEKS BAHASA ARAB
من لم يكن له مال يتصدق به فليستغفر للمؤمنين فإنه صدقة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Barang siapa yang tidak mempunyai harta untuk bersedekah dengannya, maka beristighfarlah kepada Allah untuk orang yang beriman kerana itu merupakan sedekah.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1565, hadis nombor 7929. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة-رضي الله عنه-، مرفوعا:((من لم يكن له مال يتصدق به فليستغفر للمؤمنين فإنه صدقة)). [الطبراني في ((الدعاء))،طس، ((الضعيفة)) (6122)].
(Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA, secara marfu'(disandarkan kepada Nabi SAW): Barang siapa yang tidak mempunyai harta untuk bersedekah dengannya, maka beristighfarlah kepada Allah untuk orang yang beriman kerana itu merupakan sedekah.
[Riwayat al-Tabarani di dalam al-Du'a dan di dalam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah no.6122].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.