Sesungguhnya kamu anak-anak benar-benar menyebabkan para ayah menjadi bakhil

TEKS BAHASA ARAB

إنكم لتبخلون وتجبنون وتجهلون وإنكم لمن ريحان الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya kamu (wahai anak-anak) benar-benar menyebabkan mereka (iaitu ayah) menjadi bakhil, menjadi takut dan menjadi jahil. Sesungguhnya kamu termasuk dalam rezeki-rezeki Allah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 115, hadis nombor 100. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ضعيف.
أخرجه الترمذي (1910) وأحمد في المسند (6/ 409) وفي فضائل الصحابة (2/ 772- 773) والحميدي (334) والباغندي في مسند عمر بن عبد العزيز (18، 19) والحكيم الترمذي في المسائل المكنونة (113- 114) وابن قتيبة في غريب الحديث (407/ 1) والسهمي في تاريخ جرجان (1/ 12/ 475) والخطابي في العزلة (37) والبيهقي في السنن (10/ 202) وفي الأسماء (461) والخطيب في التاريخ (5/ 300) من طريق محمد بن أبي سويد قال: سمعت عمر بن عبد العزيز يقول: زعمت المرأة الصالحة خولة بنت حكيم قالت: خرج رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم ذات يوم وهو محتضن أحد ابني ابنته، وهو يقول فذكره. قال الترمذي: لا يعرف لعمر بن عبد العزيز سماعاً من خولة. قلت: وعلة أخرى وهي جهالة محمد بن أبي سويد فإنه لا يعرف كما قال الذهبي.والله أعلم.

Dha’if (Lemah). Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh al-Tirmizi (1910), Ahmad dalam al-Musnad (6/409) dan dalam Fadhail al-Sahabah (2/772-773), al-Humaidi (334), al-Baghandi dalam Musnad ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz (18,19), al-Hakim al-Tirmizi dalam al-Masail al-Maknunah (113-114), Ibn Qutaibah dalam Gharib al-Hadith (1/407), al-Sahmi dalam Tarikh Jurjan (1/12/475), al-Khattabi dalam al-‘Uzlah (37), al-Baihaqi dalam al-Sunan (10/202) dan dalam al-Asma’ (461), dan al-Khatib dalam al-Tarikh (5/300) melalui sanad Muhammad bin Abi Suwaid, katanya: Aku pernah mendengar ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz berkata: Ketua wanita solehah, iaitu Khawlah binti Hakim berkata: Suatu hari Rasulullah SAW keluar, ketika itu Baginda SAW menjaga salah seorang anak lelaki bagi anak perempuan Baginda SAW, Baginda SAW berkata…Lalu beliau pun menyebutkan hadith itu. Al-Tirmizi berkata: Tidak kami ketahui bahawa ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz ada mendengar hadith daripada Khawlah.
Saya berkata: ‘illah lainya adalah Muhammad bin Abi Suwaid seorang yang majhul, beliau tidak dikenali sebagaimana kata al-Zahabi. Wallahua’lam.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.