TEKS BAHASA ARAB
تقول النار يوم القيامة للمؤمن: يا مؤمن جز، فقد أطفأ نورك لهبي.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Neraka berkata kepada orang mukmin pada hari kiamat: Wahai orang mukmin, berlepaslah. Kerana cahayamu telah memadamkan lidah apiku.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Mar’i Ibn Yusuf al-Karmi (m.1033H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah, di halaman 97, hadis nombor 67. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قال ابن عدي: منكر.
Ibn ‘Adi telah berkata: (Hadis ini adalah) munkar.
RUJUKAN
Mar‘ī bin Yūsuf Al-Karmī Al-Maqdisī. (1998). Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah (Muḥammad bin Luṭfī Al-Ṣabbāgh, Ed.). Dār Al-Warrāq.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.