Seorang ‘Arab Badwi telah datang kepada Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam lalu mendeklamasikan syair kepada baginda

TEKS BAHASA ARAB

" أن أعرابيا أتى النبي صلى الله عليه وسلم وأنشد بين يديه:
(لسعت حية الهوى كبدي … فلا طبيب لها ولا راقي)
(إلا الحبيب الذي شغفت به … فعنده رقيتي وترياقي)
فتواجد رسول الله صلى الله عليه وسلم حتى سقطت البردة عن كتفيه، فتقاسمها فقراء الصفة، وجعلوها رقعا في ثيابهم وقال: " ليس بكريم من لم يتواجد عند ذكر المحبوب ".

TEKS BAHASA MALAYSIA

Seorang ‘Arab Badwi telah datang kepada Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam lalu mendeklamasikan syair kepada baginda:
(Sang ular cinta telah mematuk hati aku… Tiada baginya doktor mahupun tukang jampi yang boleh menyembuhkannya…)
(Melainkan hanya kekasih hati yang aku cintainya… Hanya kekasih sahaja yang mampu menjampinya dan terkandungnya azimat untuk aku… )
Maka didapati baginda Nabi Muhammad sallallahhu ‘alaihi wasallam tersentuh dengan bait syair yang telah didendangkan/ dideklamasikan itu sehinggakan kain nabi yang ada pada bahunya terjatuh daripada bahunya, lalu golongan ahli Suffah ini berpakat-pakat berebut untuk mengambilnya dan ingin menjadikannya sebagai tampalan/ menampal pada pakaian mereka yang telah koyak. Dan dia (baginda Nabi Muhammad sallallahhu ‘alaihi wasallam) berkata: Bukanlah dikira sebagai pemurah orang yang tidak tersentuh ketika disebut namanya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mar’i Ibn Yusuf al-Karmi (m.1033H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah, di halaman 127-128, hadis nombor 166. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قَالَ ابْنُ تَيْمِيَةَ: هَذَا الْحَدِيثُ كَذِبٌ بِالإِجْمَاعِ. وَقَالَ الطُّوفِيُّ: هُوَ مَوْضُوعٌ بِاتِّفَاقِ أَهْلِ الْعِلْمِ، وَلَمْ يَكُنْ فِي الْقُرُونِ الثَّلاثَةِ لَا بِالْحِجَازِ وَلا بِالشَّامِ وَلا بِالْعِرَاقِ وَلا خُرَاسَانَ مَنْ يَجْتَمِعُ عَلَى هَذَا السَّمَاعِ الْمُحْدَثِ، فَضْلا عَنْ أَنْ يَكُونَ كَانَ نَظِيرُهُ عَلَى عَهْدِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَلا كَانَ أَحَدٌ يُمَزِّقُ ثِيَابَهُ، وَلا يَرْقُصُ فِي سَمَاعٍ. انْتَهَى. وَقَدْ أَفْرَدْتُ مَسْأَلَةَ السَّمَاعِ بِمَؤَلَّفٍ عَجِيبٍ فَرَاجِعْهُ.

Ibnu Taimiyyah telah berkata: Hadis ini adalah suatu pendustaan/ bohong di sisi ‘ijmak. Al-Tufi telah berkata: Hadis ini adalah palsu secara sepakat oleh para ulama (hadis) dan tidak dijumpainya pada kurun ketiga, bahkan juga tidak di Hijaz, di Syam, di Iraq, dan di Khurasan bagi sesiapa yang telah berkumpul untuk mendengar hadis ini daripada muhaddis (tidak ada seorang pun yang dengar hadis ini daripada seorang muhaddis ketika itu). Lebih-lebih lagi untuk berlaku pada zaman nabi Muhammad sallallahhu ‘alaihi wasallam, dan tidak ada seorang pun yang mengoyakkan bajunya itu, dan menari-nari ketika mendengar bait syair tersebut. Dan sesungguhnya aku (penulis kitab) telah mengkhususkan permasalahan sama’ (mendengar qasidah dan lagu) di dalam sebuah karya yang menakjubkan, dan boleh ruju’ karya tersebut.

RUJUKAN

Mar‘ī bin Yūsuf Al-Karmī Al-Maqdisī. (1998). Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah (Muḥammad bin Luṭfī Al-Ṣabbāgh, Ed.). Dār Al-Warrāq.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.